Keupayaan mengikat Arab Saudi di gelanggang lawan jelas membuatkan ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong gembira dengan kemampuan anak buahnya.
Pada perlawanan yang berlangsung awal pagi semalam, Indonesia terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Sandy Walsh pada minit ke-19.
Baca Juga:
- Shin Tae-yong Tepati Janji Naikkan Martabat Bola Sepak Indonesia
- Indonesia Bakal Diperkuatkan Dua Pemain Warisan Baharu
- Roberto Mancini Beri Sebab Mengapa Arab Saudi Hanya Mampu Seri Dengan Indonesia
Namun, Musab Fahz Aljuwayr kembali menyamakan kedudukan ketika permainan memasuki masa kecederaan babak pertama.
Arab Saudi kemudiannya berpeluang untuk mendapatkan jaringan kemenangan pada minit ke-79 menerusi sepakan penalti.
Namun, Maarten Paes yang membuat penampilan sulungnya bersama Indonesia cemerlang menepis sepakan penalti ketua pasukan, Salem Al Dawsari untuk memastikan kedua-dua pasukan terikat hingga tamat permainan.
Satu keadaan yang membuatkan pengendali dari Korea Selatan itu melihatkan skuad kendaliannya mampu untuk memberikan saingan sengit kepada pasukan lain dalam kumpulan C ini.
“Ini adalah satu pertandingan yang sangat sukar. Atmosfera di stadium turut mempengaruhi dua pasukan tersebut dan tahapnya sangat tinggi di antara kedua-dua pasukan. Saya bangga dengan para pemain saya.”
“Saya sangat yakin dengan pasukan dan pemain saya dan saya akan terus mendorong mereka untuk mencapai tahap tertinggi.”
“Kami akan menjadi kuda hitam dalam kumpulan ini,” ujar Shin Tae-yong menurut kenyataannya di laman sesawang rasmi Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia
Skuad Indonesia akan menanti kunjungan Australia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada Selasa nanti untuka aksi kedua pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.