Shuib Sepahtu tampil mengaku bahawa Bubblebee gagal membayar caruman KWSP pekerja mereka seperti mana yang dinyatakan dalam satu surat layang kepada syarikat itu di media sosial.

‘Sampai Bila Tak Nak Bayar?’ – Individu Ini Dakwa Syarikat Bubble Bee Culas Bayar Caruman KWSP Pekerja

Baca Juga:

Shuib menerusi platform TikTok miliknya membuat satu rakaman ringkas menjelaskan keadaan.

Dalam penjelasannya, Shuib mahu netizen tahu bahawa KWSP pekerja adalah di bawah bidang kuasa bahagian kewangan syarikat dan dia tidak terlibat dalam bahagian tersebut.

Isu viral sampai ke pengetahuan Shuib

“Saya ada pencerahan tentang Bubblebee, di mana sekarang ini tengah viral dekat TikTok, Facebook dan Instagram, tajuk dia ‘Bubblebee lambat bayar gaji dan tak carum KWSP selama hampir setahun’,” kata Shuib.

“Saya mula daripada awal dulu, Alhamdullilah, kerana saya adalah founder, dan saya juga pemegang saham dalam syarikat bumiputra Bubblebee.”

‘Saya tak terlibat dalam jaga finance’

“Dari awal penubuhan Bubblebee saya adalah head of marketing [ketua pemasaran], saya yang buat maketing. Tetapi saya tidak dikhususkan di bahagian kewangan. Ada orang yang jaga bahagian kewangan. Untuk HR ada yang jaga HR. Untuk operasi pun ada yang jaga.”

@shuibsepahtu

Kemah keming Yogurt dierrrrr @BubbleBee #BubbleBeeKelate #BubbleBeeMalaysia #BubbleBee

♬ original sound – Shuib Sepahtu – Shuib Sepahtu

“Jadi, sepanjang perjalanan kita selama 3 tahun, Alhamdullilah, kita lalui saat genting, macam macam lah. Rezeki yang ada sekarang ini, kita ada kira kira 300 staf. Tetapi itulah dia adat dalam berniaga, ada turun dan ada naik.”

“Kita ada macam macam dugaan, dan salah satunya, inilah dugaannya.”

“Sampai pada tahun ketiga, apabila saya merasakan Bubblebee salah urus dari segi kewangan – Ya ! Alhamdulillah kita catat jualan yang sangat tinggi – Tetapi apabila berlaku salah urus, maka banyak perkara jadi kelam kabut. Itu yang berlaku.”

“Pada bulan 11 tahun 2022, saya dan seorang lagi rakan kongsi, kita mengambil alih hampir semua perkara daripada marketing sehinggalah ke finance.”

Berlaku mismanagement pengurusan lama

Shuib seterusnya menjelaskan cabaran bermula pada tahun 2023, kerana ianya bukan tahun yang baik untuk Bubblebee. Di mana menurutnya, mereka juga tidak terlepas daripada kesukaran yang dihadapi oleh industri FNB [makanan dan minuman].

Hasil jualan mereka merosot dan banyak liabiliti lain yang harus mereka bayar. Ianya membuatkan Bubblebee turut bergelut mencarum KWSP pekerja.

“Ya saya akui, Bubblebee ada sangkut [tunggakan] caruman KWSP, namun saya nak membuat pencerahan, bila surat layang itu dikeluarkan, seolah olah kami di Bubblebee memang langsung buat tak tahu tentang KWSP staf staf kami, [tuduhan] itu macam tak ok sangat la,” tegas pelawak itu lagi.

Bubblebee sedang berunding dengan KWSP

Shuib mengesahkan bahawa pihaknya sudah berhubung dengan KWSP sejak awal 2023 dan memaklumkan tentang situasi dihadapi syarikat itu.

“Kita ada tunggakan [KWSP] sebanyak ini dan kami tak boleh nak bayar sekaligus. Kami buat rundingan, untuk bayar secara ansurann. Itu adalah kewajiban kami sebagai syarikat. Memang kita wajib bayar. Itu hak pekerja.”

“Dan Alhamdulillah, banyak juga pembayaran yang telah kami lakukan. Cuma menunggu keputusan untuk berapa kali ansuran dan jumlah setiap ansuran yang kami boleh bayar,” tegas beliau lagi.

Bubblebee peduli soal kebajikan dan KWSP

Lantas Shuib menafikan sekeras kerasnya dakwaan daripada surat layang itu yang menggambarkan mereka langsung tak kisah tentang caruman KWSP pekerja mereka.

“Jadi, kalau tulisan yang sedang viral ini menampakkan seolah olah kita tak peduli langsung pada KWSP staf kami, itu adalah salah.”

“Kita berhubung dengan KWSP dan memahami keadaan kita. Kita perlukan rundingan, kita tak boleh nak bayar sekaligus, kita bayar sikit sikit. Kita tak mahu orang di luar sana beranggapan bahawa Bubblebee telah mengambil hak pekerja pekerja, tak mencarum KWSP langsung, tidak!”

“Itu kewajiban Bubblebee dan saya sebagai pengasas dan pemegang saham dalam syarikat.”

“Tetapi satu benda yang saya boleh kongsi juga, sepanjang 3 tahun lebih Bubblebee beroperasi, kita melalui saat genting semasa PKP. Masa PKP kita tak pernah potong gaji pekerja. Dan saya nak maklumkan juga, sepanjang 3 tahun lebih, sampai ke saat ini, kita tak pernah tak bayar gaji pekerja.”

“Kalau sampai ada orang kata, ‘Oh, foundernya bermewah mewah’, takkan saya nak cakap berapa banyak duit saya sendiri yang saya keluarkan untuk Bubblebee.”

Potensi bubblebee dan pengurusan baharu

Akhir sekali beliau menganggap ianya satu dugaan di dalam perniagaan di mana dia dan pasukan pengurusan tertingginya harus menghadapinya.

“Sebab kami percaya bahawa Bubblebee boleh pergi sangat jauh dengan pengurusan yang betul. Dan sekarang kita di bawah pengurusan yang baharu.”

“3 tahun lebih kita di bawah pengurusan yang lama, di mana mereka telah salah urus, sekarang pasukan Bubblebee [yang baharu] kita mengorak langkah ke hadapan.”

“Kita nak keluar dengan rekaan baharu, dengan rupa dan keadaan baharu, dengan menu baharu. Kita nak Bubblebee pergi sampai ke luar negara ke peringkat antarabangsa. Itu motif kami.”

@bubblebeemy

Comment your favourite topping Frozen Yogurt Bubblebee 😊 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #yogurt

♬ original sound – BubbleBee – BubbleBee

Akhir sekali Shuib meminta maaf secara terbuka kepada staf dan beka staf Bubblebee yang terkesan dengan kelemahan dan kekhilafan syarikat mereka dan bertekad akan menyelesaikan masalah yang ada secepat mungkin.

Shuib turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan penghargaannya kepada staf Bubblebee yang terus setia bersama syarikat itu, ada yang bermula sejak awal penubuhan syarikat itu lagi.

“Terima kasih di atas tolak ansur dan kefahaman kamu ke atas Bubblebee, terima kasih banyak,” kata Shuib mengakhiri sesi beliau.

@shuibsepahtu

Salam Jumaat.Pencerahan tentang KWSP staff BUBBLEBEE 🙏 Terima kasih di atas support 💪 @BubbleBee #BubbleBeeMalaysia

♬ original sound – Shuib Sepahtu – Shuib Sepahtu