Tamat sudah sebulan kita berpuasa, sampai sudah masanya untuk kita berhari raya! Kami pasti anda akan pulang ke kampung untuk beraya bersama saudara mara. Jika beraya di ibu kota sekalipun, pasti banyak jemputan open house raya tahun ini!

Buat julung kalinya, Gamuda Land mahu menjemput anda berhari raya ke STARS of Eid Live Concert di 4 lokasi ini; Gamuda Cove, Gamuda Gardens, twentyfive7 dan Jade Hills di mana banyak aktiviti akan berlangsung dan paling best, anda akan dihiburkan dengan persembahan artis ternama. 4 konsert berbeza di 4 lokasi!

Semuanya ada di Gamuda Land Raya Hijau!

Jarang-jarang terjadi berlangsungnya konsert hebat di kawasan perumahan. Jadi Gamuda Land tampil berbeza untuk hiburkan masyarakat di samping pengunjung dapat menikmati keindahan perbandaran di Gamuda Cove, Gamuda Gardens, twentyfive7 dan Jade Hills. Jom kita lihat artis mana yang terlibat di STARS of Eid Live Concert nanti.

Rugi jika anda tidak hadir ke semua 4 lokasi!

1. Gamuda Cove Experience Gallery (6 Mei 2023, 5.00 petang – 9.00 malam)

Gamuda Cove menjadi lokasi pertama untuk kickstart konsert yang hebat ini. Sebelum konsert, pengunjung akan disajikan dengan juadah hari raya secara percuma, sesi cabutan bertuah, Property Talk oleh Ahyat Ishak, penampilan khas penyampai radio HotFM dan persembahan pentas oleh Dayang NurFaizah!

P/S: Ini juga masa terbaik untuk anda mendapatkan tawaran hebat untuk tiket SplashMania

2. Gamuda Gardens Experience Gallery (14 Mei 2023, 12.00 tengah hari – 9.00 malam)

Lokasi seterusnya adalah di Gamuda Gardens dan anda akan disambut dengan Xploria Open Day nanti! Jika anda pernah ke Xploria Open Day yang dianjurkan oleh Gamuda Land sebelum ini, anda pasti tahu betapa meriahnya acara ini.

Dengan pelbagai aktiviti yang akan berlangsung, akan ada juga Bazar Raya, petting zoo dan acara utama konsert oleh Faizal Tahir & Shiha Zikir.

3. twentyfive7 Experience Gallery (20 Mei 2023, 9.00 pagi – 6.00 petang)

Uniknya sambutan di sini nanti, pelbagai aktiviti eco-friendly disediakan untuk orang ramai yang hadir bertemakan wetland antaranya cardboard puzzle untuk flora fauna yang boleh didapati di event ini; workshop mesra alam sekitar seperti cara tanam cendawan dan sayur anda sendiri, cara penyediaan pemakanan sihat dan pameran perabot diperbuat daripada kadbod. Pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan hebat legenda Ning Baizura dan Shiha Zikir.

4. Jade Hills Experience Gallery (21 Mei 2023, 5 petang – 9 malam)

Jade Hills menjadi lokasi terakhir sambutan ini dan Ratu Rock Negara, ELLA akan membuat persembahan bersama-sama Shiha Zikir dan Funky Fresh Dance! Jangan terlepas juga untuk tawaran menarik di Bazar Raya dan makan bersama keluarga dengan pelbagai pilihan makanan yang ada di Raya Food Truck bazaar.

Cari Ketupat, menang duit raya!

Sebelum tu, Gamuda Land nak bagi duit raya juga kepada anda. Nilainya pun besar iaitu RM1,000! Caranya? Anda hanya perlu mendaftar di sini dan cari 10 ketupat yang tersembunyi. 10 peserta paling pantas akan menang hadiah wang tunai RM1,000 setiap seorang. Best! Untuk bermain, boleh klik di sini.

Anda juga berpeluang dapat hadiah misteri sekiranya anda dapat membuka ‘Mystery Box’. Anda hanya perlu melawat experience gallery di atas dan bertemu wakil jualan Gamuda Land.

Seronoknya raya dengan Gamuda Land! Lapangkan masa untuk ke semua 4 lokasi kerana setiap lokasi pasti akan memberi pengalaman yang berbeza. Untuk info lanjut, boleh klik di sini atauikuti laman Instagram Gamuda Land di sini dan Facebook di sini. Selamat Hari Raya dan jumpa anda di sana!