Nama seorang lelaki tempatan bukan sahaja menjadi buah mulut di platform Threads ada ketika ini

Tetapi apa sebenarnya yang terjadi sehingga ramai netizen di luar sana mengidolakan dan mahu menjadi seperti lelaki itu.

Semuanya bermula dengan perkongsian beberapa pengguna Threads yang berkongsi kisah si Faiz yang dipercayai baru sahaja memenangi kereta Alza dari pertandingan yang disertainya.

Siapa 'Faiz' Ini? Seluruh Netizen Tiba-Tiba Nak Jadi Macam Dia
Sumber Gambar: Threads
Siapa 'Faiz' Ini? Seluruh Netizen Tiba-Tiba Nak Jadi Macam Dia
Sumber Gambar: Threads

Malahan, difahamkan Faiz sudah memenangi dua kereta lain iaitu Vios dan Axia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan hadiah berupa kereta yang diterima setakat tahun ini sahaja sudah mencecah 3 buah kereta.

faiz
Sumber Gambar: Threads

Selain kereta, dia juga pernah memenangi sejumlah hadiah mewah lain seperti peti ais jenama SMEG, jam pintar garmin dan televisyen.

Oleh itu, orang ramai mula mahu menjadi seperti Faiz kerana sangat bertuah memenangi sejumlah hadiah mewah dari pertandingan sahaja, walhal kalau mahu beli sendiri sudah menelan ribuan ringgit untuk satu benda-benda yang dimenanginya itu.

Susulan menjadi sensasi di media sosial, Faiz Aizudin, si tuan badan sedia berkongsi pada hantaran terkini bagaimana dia mampu memenangi hadiah-hadiah lumayan itu dengan memberi dua tips terbesar miliknya.

Pertama sekali, dia percaya doa ibulah yang paling mustajab kerana tiada hijab dan dinasihatkan itu memberi secara spesifik kepada doa yang pohon.

Sebagai contoh dia ada menyertai pertandingan menang hadiah vios, maka dia meminta ibunya mendoakan secara spesifik dengan info yang diberikan.

“Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah kemenangan Toyota Vios dalam peraduan sekian sekian kepada anakku Faiz Aizuddin ini kerana dia sangat perlukannya, kau berikanlah kepadanya ketika tiba saat dan ketikanya, aku merayu dan memohon kepadamu. Makbulkanlah doaku..”, kongsinya.

Selepas itu, ibunya akan menyelitkan doa di dalam setiap kali solat.

Selain doa, dia juga sedia menyuruh ibunya solat serta menjadi imam dan akan mengaminkan doa dengan bersungguh-sungguh sewaktu menadah tangan meminta kepada Sang Penguasa.

Tips yang kedua pula berkenaan doa seorang suami atau isteri tercinta yang turut memain peranan penting untuk memenangi sesuatu pertandingan.

“Kadang rezeki tersekat bukan sebab kurang usaha, tapi sebab restu seorang isteri atau doa seorang suami tak lagi mengiringi langkah kita.
Tanpa keberkatan ia akan tarik pergi sakinah dan rezeki.
Cinta yang halal itu tenang. Tapi bila hati mula beralih arah tanpa izin Tuhan,hidup pun mula hilang arah.

Kalau hari ini kita menangis kerana ujian, renunglah…”mungkin ada air mata pasangan kita yang lebih awal tumpah kerana perbuatan kita”

Malah, dia sendiri perasan rezeki menjadi sempit atau sukar nak masuk jika berkasar dengan ister dan sebaliknya pula terjadi dengan bercakap baik kepada mereka.

Tambahnya, mahu magnet rezeki sentiasa datang, maka jagalah perasaan pasangan kita dan minta mereka mendoakan kebaikan pada setiap masa.

Menariknya, dia berkongsi sudah berjinak dengan dunia pertandingan atau peraduan sejak 20 tahun lalu dan sampai sudah berhenti kerja kerana mampu menyara hidup dengan hadiah yang dimenangi itu(buat sepenuh masa).

Siapa 'Faiz' Ini? Seluruh Netizen Tiba-Tiba Nak Jadi Macam Dia
Sumber Gambar: Threads

Faiz juga berkongsi pernah menghiasi beberapa laman akhbar terkemuka yang menceritakan tentang hadiah yang pernah dimenanginya.

Jika dahulu ramai menyangka peraduan atau pertandingan hanya sekadar penipuan ata kroni, kini semua menyedari mereka juga berpeluang mendapatkan hadiah lumayan seperti saudar Faiz ini.