Hari ini, pengguna bukan lagi sekadar mencari pelan internet murah.

Ramai sebenarnya mahukan pengalaman digital yang lebih lancar dimana video tidak buffering, gaming tanpa lag dan sambungan stabil walaupun berada di kawasan sesak seperti pusat beli-belah, konsert atau waktu puncak.

Sebab itu Tune Talk tampil dengan kempen ‘Kasi Tune’, satu langkah untuk memperkenalkan identiti baru mereka sebagai telco yang menawarkan Cloud AI Powered Ultra Fast 5G dengan pengalaman internet yang lebih pantas, lebih pintar dan lebih bernilai untuk kegunaan harian.

Kalau dulu, Tune Talk lebih dikenali sebagai jenama youth lifestyle yang fun, kini mereka tampil dengan pengalaman yang telah dipertingkatkan, masih mengekalkan identiti yang dekat dengan gaya hidup anak muda, tetapi kini dengan rangkaian yang lebih pantas, lebih pintar dan lebih bernilai untuk memenuhi keperluan digital masa kini.

Cloud AI Powered, apa bezanya?

Tune Talk kini merupakan rangkaian mudah alih fully cloud native pertama di ASEAN.

Secara mudahnya, kebanyakan telco tradisional masih bergantung kepada sistem lama yang memerlukan banyak infrastruktur fizikal untuk beroperasi.

Tune Talk pula menggunakan teknologi Awan AI yang lebih moden dan fleksibel untuk memastikan rangkaian mereka boleh bertindak balas dengan lebih pantas mengikut penggunaan pengguna.

Hasilnya, pengguna boleh menikmati:
– sambungan internet lebih stabil sepanjang hari
– pengalaman Ultra Fast 5G yang lebih lancar
– kurang gangguan ketika kawasan sesak atau waktu penggunaan tinggi
– kelajuan uncapped sehingga 900Mbps
– pengalaman streaming, gaming dan video call yang lebih smooth

Bagi pengguna yang selalu menonton video HD, upload content, bekerja secara remote atau bermain game online, masalah line perlahan dan buffering memang boleh mengganggu pengalaman harian.

Dengan positioning ‘Faster. Smarter Network. More Value.’, Tune Talk mahu menawarkan pengalaman internet yang benar-benar membantu pengguna menikmati kehidupan digital tanpa gangguan.

Lebih value untuk kegunaan harian

Selain menawarkan All-day Ultra Fast 5G, Tune Talk juga mahu pengguna rasa lebih berbaloi dengan apa yang mereka bayar.

Antara pelan yang diketengahkan ialah Epik+ 50, yang menawarkan pengalaman internet 5G dengan kelajuan tinggi bersama pelbagai manfaat tambahan dalam satu pelan.

Berbanding sesetengah pelan lain dalam julat harga sama yang masih mempunyai had tertentu atau pengalaman internet yang tidak konsisten ketika waktu sibuk, Tune Talk memberi fokus kepada pengalaman penggunaan harian yang lebih lancar dan stabil.

Ini bermaksud pengguna boleh menikmati streaming, gaming, media sosial dan multitasking dengan lebih selesa tanpa perlu terlalu risau tentang kelajuan yang menurun ketika penggunaan tinggi.

Malah, aplikasi Tune Talk juga direka sebagai platform gaya hidup digital yang lebih lengkap. Pengguna boleh menikmati hiburan, games, rewards serta akses kepada lebih 20,000 produk menerusi platform Tune Talk Shop mereka dalam satu aplikasi.

Pendek kata, Tune Talk cuba menjadikan pengalaman digital lebih mudah, lebih menyeronokkan dan lebih bernilai dalam satu ekosistem.

Lebih selamat & mesra alam

Dalam era digital hari ini, isu privasi dan keselamatan data semakin penting.

Tune Talk turut memberi fokus kepada perlindungan data pengguna supaya pengalaman internet menjadi lebih selamat dan terjamin.

Menariknya, Tune Talk juga mengetengahkan usaha mereka ke arah teknologi yang lebih lestari apabila rangkaian fully cloud-based mereka dikatakan mampu mengurangkan carbon footprint sehingga 86% berbanding sistem tradisional.

Masa untuk ‘Kasi Tune’?

tune

Dengan gabungan Cloud AI Powered Ultra Fast 5G, pelbagai lifestyle perks dan pengalaman digital lebih lengkap, Tune Talk kini mahu dikenali sebagai telco yang bukan saja fun, tetapi juga lebih laju dan pintar.

Kalau anda sedang mencari telco 5G Malaysia yang menawarkan lebih value untuk kegunaan harian, mungkin sudah tiba masa untuk ‘Kasi Tune’. Tiada caj tersembunyi!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Tune Talk.