Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara akan turun menentang Laos pada aksi pembukaan Sukan SEA 2025 yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok petang ini.

Perlawanan ini bakal menjadi medan penting buat anak buah Nafuzi Zain untuk mengutip tiga mata pertama dalam misi melepasi peringkat kumpulan.

Baca Juga:

Dengan barisan pemain yang dilihat sudah biasa beraksi di pentas serantau, Malaysia perlu memulakan kempen dengan langkah kanan sebelum berdepan cabaran lebih sengit dalam aksi seterusnya bertemu Vietnam.

Info Siaran Langsung Sukan SEA 2025 Malaysia vs Laos

Malaysia lawan Laos
Sepak mula: 5:00 petang, 6 Disember 2025 (Sabtu)
Tempat: Stadium Rajamangala, Bangkok
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2 (804), TVS, TV Okey & RTM Klik

Astro Arena bukan merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang bakal menyiarkan siaran langsung aksi ini, malah ia boleh ditonton di saluran TV Sarawak (TVS) dan TV Okey.

Untuk menyaksikan di laptop, komputer dan telefon pintar, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go, Sooka dan melayari laman sesawang rasmi RTM Klik untuk menyaksikan secara ‘Live Streaming’ di saluran TV Okey serta laman sesawang TVS.

Temasya 2023 di Kemboja menyaksikan skuad negara gagal melepasi peringkat kumpulan selepas tewas kepada Thailand dan Vietnam.

Sehubungan dengan itu penting untuk melihat skuad muda negara ini dapat bangkit pada kali bagi mencabar kejuaraan.

Keringat pemain-pemain seperti Aysar Hadi, Ubaidullah Shamsul Fazili, Muhammad Abu Khalil, Haqimi Azim, Fergus Tierney dan Aliff Izwan Yuslan masih ditagih Nafuzi.

Bagaimanapun, Ubaidullah bersama-sama Fergus Tierney dan Aliff Izwan tidak dapat beraksi pada perlawanan petang ini kerana tidak mendapat pelepasan kelab masing-masing.