Skuad negara kendalian Peter Cklamovski akan beraksi menentang Nepal dalam perlawanan kelima Kelayakan Piala Asia 2027, yang dijadualkan pada jam 9.00 malam ini.

Walaupun Malaysia sepatutnya menjadi pasukan pelawat, perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana stadium yang dicadangkan oleh Nepal tidak memenuhi piawaian ditetapkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Baca Juga:

Selepas empat perlawanan dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027, skuad negara tampil cemerlang dengan 12 mata.

Kemenangan pada aksi ini penting untuk skuad negara dalam usaha mengukuhkan kedudukan bagi memimpin carta kumpulan F.

Malah, ia turut mampu menjadi tonik berguna ketika kem negara masih belum tenang daripada ‘badai’ yang sedang melanda.

Barisan pemain negara yang terpilih pada aksi kali ini tampak tidak akan terjejas dengan keadaan tersebut.

Perlawanan Kelima Kelayakan Piala Asia 2027

Nepal lawan Malaysia

Sepak mula: 9:00 malam, 18 November 2025 (Selasa)
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Link Siaran Langsung: Astro Arena dan TV Okey

Astro Arena 801 dan TV Okey 146 akan menyiarkan siaran langsung perlawanan ini di kaca televisyen anda.

Untuk menonton aksi barisan pemain negara ini di laptop, komputer dan telefon pintar, anda perlu melanggan serta memiliki aplikasi Astro Go dan Sooka.

Bagaimanapun anda masih boleh menyaksikannya secara percuma dengan melayari laman sesawang rasmi RTMKlik untuk menyaksikan secara ‘Live Streaming’ di saluran TV Okey dan Sukan RTM.

Ketika aksi pertama di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 26 Mac lalu, Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Nepal.