Skuad kebangsaan Malaysia akan turun menentang Yemen dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong pada 2.00 petang ini.

Ia merupakan aksi kedua yang dilalui skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu selepas mereka tumpas kepada China 0-2 pada aksi Sabtu lalu.

Berdasarkan ranking semasa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), skuad negara berada di kedudukan lebih baik berbanding Yemen.

Malaysia ketika ini menghuni ranking ke-135 manakala Yemen yang dibimbing Noureddine Ould Ali pula berada di kedudukan ke-145.

Info Siaran Langsung Malaysia vs Yemen

Malaysia lawan Yemen
Sepak mula: 2:00 petang, 17 November 2026 (Selasa)
Tempat: Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 803 & Saluran SUKAN+ RTM

Astro Arena bukan merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang bakal menyiarkan siaran langsung aksi ini, malah ia boleh ditonton di saluran SUKAN+ RTM.

Sehubungan dengan itu untuk menyaksikan di laptop, komputer dan telefon pintar, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go, Sooka dan laman sesawang rasmi RTMKlik untuk menyaksikan secara ‘Live Streaming’.

Aksi terakhir melibatkan kedua-dua pasukan menyaksikan skuad Harimau Malaya berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 pada aksi Kelayakan Piala Asia yang berlangsung 5 Mac 2014.