Skuad negara kendalian Tan Cheng Hoe akan turun ke Stadium Rajamangala, Bangkok pada jam 9.00 malam ini untuk berhadapan dengan Thailand bagi aksi ketiga Piala Hyundai ASEAN 2026.
Keputusan pada perlawanan malam ini juga bakal memperlihatkan sama ada pasukan negara mampu untuk mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir atau perlu menanti perlawanan terakhir di Kuala Lumpur pada 8 Ogos nanti.
Meskipun tanpa kelibat pemain utama, skuad negara yang diketuai Paulo Josue bermula baik dengan kemenangan 2-1 ke atas Myanmar dan kemudiannya menewaskan Laos 4-0 di Cheras.
Josue sendiri cemerlang dengan tiga jaringan disumbangkan untuk meletakkan skuad negara ketika ini di tangga teratas, namun Thailand masih kekurangan satu perlawanan.
Info Siaran Langsung Piala Hyundai ASEAN 2026
Walaupun jauh beribu batu, para peminat bola sepak negara boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan melibatkan skuad Malaysia dalam Piala Hyundai ASEAN 2026 pada malam ini di saluran Facebook dan Youtube ASEAN United FC.
Jika dua perlawanan sebelum ini saluran tersebut tidak menyiarkan aksi siaran langsung di Malaysia, aksi bertemu Thailand malam ini menyaksikan berita gembira telah diumumkan.
“Berita baik buat peminat bola sepak di Malaysia! Tonton siaran langsung aksi Thailand vs Malaysia di saluran YouTube ASEAN United FC & Facebook ASEAN United FC MY! 🙌”
“Akses siaran ini hanya tersedia untuk penonton di Malaysia.”
Anda boleh mendapatkan link bagi kedua-dua saluran tersebut di page ASEAN United FC.