Pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal telah dipanggil untuk menjalani latihan pusat skuad kebangsaan bagi menghadapi kempen Piala Hyundai ASEAN 2026.

Perkembangan terkini itu disahkan menerusi pengumuman rasmi dikeluarkan oleh laman Facebook Malaysia NT sebentar tadi.

Menarik untuk disaksikan apabila pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe turut membariskan muka-muka baharu untuk menggalas tanggungjawab negara.

Pemain yang menyinar bersama JDT II seperti Muhammad Alif Ahmad, Ziad Al Basheer, Daryl Sham dan G. Pavithran turut dipanggil.

Barisan pemain naturalisasi seperti Mohamadou Sumareh, Endrick Dos Santos, Paulo Josue dan Sergio Aguero juga bakal turut serta manakala Syafiq Ahmad dijangka bakal menjadi tunjang di jentera serangan.

Piala Hyundai ASEAN 2026 yang memasuki edisi ke-16 bakal berlangsung pada 24 Julai hingga 26 Ogos yang menyaksikan format seperti edisi lalu dikekalkan.

Ini bermakna setiap pasukan akan beraksi dua perlawanan di gelanggang sendiri dan dua perlawanan lagi perlu diharungi di tempat lawan.

Malaysia telah diundi bersama-sama juara terbanyak kejohanan iaitu Thailand serta Filipina, Myanmar dan Laos.

Berikut merupakan senarai penuh pemain yang dipanggil menyertai sesi latihan pusat kali ini:

Senarai Pemain Negara Latihan Pusat Skuad Kebangsaan Hadapi Piala Hyundai ASEAN 2026

Penjaga Gol

1) Azri Ghani

2) Haziq Aiman Mohd Esa

3) Rahadiazli Rahalim

Pertahanan

4) Muhammad Alif Ahmad

5) Dominic Tan

6) Faris Danish Mohd Asrul

7) Jimmy Raymond

8) Rodney Celvin Akwensivie

9) Ubaidullah Shamsul Fazili

10) V. Ruventhiran

Tengah

11) Aliff Haiqal Lau

12) Daryl Sham

13) Endrick Dos Santos

14) Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob

15) Ibrahim Manusi

16) Sergio Aguero

17) Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal

18) Zhafri Yahya

19) Ziad Al Basheer

Penyerang

20) Mohamad Fazrul Amir Md Zaman

21) G. Pavithran

22) Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak

23) Mohamadou Sumareh

24) Paulo Josue

25) Richard Chin

26) Syafiq Ahmad

Sumber