Piala ASEAN Hyundai 2026 yang memasuki edisi ke-16 bakal berlangsung pada 24 Julai hingga 26 Ogos yang menyaksikan format seperti edisi lalu dikekalkan.

Ini bermakna setiap pasukan akan beraksi dua perlawanan di gelanggang sendiri dan dua perlawanan lagi perlu diharungi di tempat lawan.

Baca Juga:

Seperti diumumkan semalam bahawa skuad negara yang dikendalikan oleh Peter Cklamovski telah diundi bersama-sama juara terbanyak kejohanan iaitu Thailand serta Filipina, Myanmar dan Laos.

Oleh kerana kejohanan ini dilangsungkan di luar kalendar antarabangsa Persekutuan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), berkemungkinan besar Peter tidak dapat membariskan skuad terbaiknya bagi mengharungi saingan kali ini.

Hakikat itu disuarakan sendiri beliau dalam satu kenyataan ringkas dikeluarkan pengendali tersebut di laman Facebook Malaysia NT.

“Piala AFF ASEAN memberikan peluang pembangunan yang penting untuk kami.”

“Disebabkan kejohanan ini diadakan di luar jendela antarabangsa FIFA, ia membolehkan kami menumpukan kepada pembinaan ketahanan pasukan, memberi pemain muda pengalaman antarabangsa serta memperkukuh laluan pembangunan pasukan kebangsaan ketika kami bersiap menghadapi kejohanan utama pada masa depan, termasuk Sukan SEA 2027 di Malaysia.”

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan melibatkan skuad Malaysia dalam Piala ASEAN Hyundai 2026:

Piala ASEAN Hyundai 2026

1) Malaysia lawan Myanmar (Gelanggang Lawan) – 25 Julai 2026

2) Malaysia lawan Laos (Gelanggang Sendiri) – 28 Julai 2026

3) Malaysia lawan Thailand (Gelanggang Lawan) – 1 Ogos 2026

4) Malaysia lawan Filipina (Gelanggang Sendiri) – 8 Ogos 2026

5) Separuh Akhir 1 – 15 atau 16 Ogos 2026

6) Separuh Akhir 2 – 18 atau 20 Ogos 2026

7) Akhir 1 – 22 Ogos 2026

8) Akhir 2 – 26 Ogos 2026

Edisi 2024 menyaksikan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan selepas hanya menamatkan saingan di kedudukan ketiga berikutan keputusan seri dicatatkan ketika bertemu Kemboja (2-2) dan Singapura (0-0).

Dua lagi aksi, Malaysia tewas 0-1 ke atas Thailand dan menewaskan Timor Leste 3-2.