Skuad negara akan membuka tirai dalam saingan Piala ASEAN FIFA 2026 pada petang ini dengan menghadapi Bangladesh di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Kem negara kendalian Tan Cheng Hoe mendapat keyakinan baharu dengan kehadiran trio naturalisasi iaitu Bergson da Silva, Manuel Hidalgo dan Bradd Tapp.

Malah, kehadiran semula Arif Aiman Hanapi bersama Faisal Halim, Dion Cools, Stuart Wilkin, Ahmad Syihan Hazmi dan La’vere Corbin-Ong pastinya meningkatkan lagi kekuatan skuad negara.

Bagi peminat yang tidak berkesempatan ke Jakarta, anda kini boleh menyaksikan siaran langsung Piala ASEAN FIFA 2026 yang julung kali diadakan itu di kaca televisyen.

Perlawanan Pertama Piala ASEAN FIFA 2026

Sepak mula: 5:00 petang, 25 September 2026 (Jumaat)
Tempat: Gelora Bung Karno, Jakarta
Link Siaran Langsung: RTM Klik (Sukan+)

Anda boleh menyaksikan perlawanan ini secara percuma di saluran Sukan+ RTM. Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu ke laman sesawang RTM Klik untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.

Meskipun mempunyai rekod baik berdepan Bangladesh, namun skuad negara tidak seharusnya memandang rendah pasukan yang kini menghuni ranking ke-181 dunia itu.

Skuad Bangladesh bakal diperkuatkan dengan pemain yang pernah bersama Leicester City iaitu Hamza Dewan Choudhury di jentera tengah. Selain itu bekas pemain Fulham, Farhaan Ali Wahid bakal membuat penampilan sulung.

Pertemuan terakhir melibatkan kedua-dua pasukan menyaksikan Malaysia menang 4-1 pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun 2022 di Bukit Jalil.