Malaysia bakal mengharungi aksi terakhir peringkat kumpulan Piala ASEAN FIFA 2026 bertemu Singapura di Stadium Si Jalak Harupat, Jawa Barat malam ini.
Ia merupakan misi wajib menang sambil mengharapkan seteru utama, Indonesia tidak meraih kemenangan besar ke atas Bangladesh dalam satu lagi aksi di Jakarta.
Hal ini kerana juara kumpulan akan bertemu Thailand di pentas final selepas skuad kendalian Anthony Hudson itu mengungguli kumpulan B.
Melihatkan kepada aksi skuad Malaysia pada pertemuan menentang Indonesia tempoh hari, anak-anak buah Tan Cheng Hoe mempamerkan corak permainan meyakinkan.
Bagaimanapun, penyudah tumpul menggagalkan usaha skuad negara untuk meraih kemenangan berharga ke atas tuan rumah.
Kali terakhir skuad negara beraksi bertemu Singapura adalah pada 4 September 2025 di Bukit Jalil yang menyaksikan Malaysia menang 2-1.
Kemenangan itu bagaimanapun ditarik balik dan kemenangan 3-0 diberikan kepada Singapura ekoran pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan negara.
Bagi peminat yang tidak berkesempatan ke Jawa Barat, anda kini boleh menyaksikan siaran langsung Piala ASEAN FIFA 2026 yang julung kali diadakan itu di kaca televisyen.
Perlawanan Ketiga Malaysia Di Piala ASEAN FIFA 2026
Sepak mula: 8:30 malam, 1 Oktober 2026 (Khamis)
Tempat: Stadium Si Jalak Harupat, Jawa Barat
Link Siaran Langsung: RTM Klik (Sukan+), MYTV 111
Anda boleh menyaksikan perlawanan ini secara percuma di saluran Sukan+ RTM dan MYTV 111. Sekiranya mahu menyaksikan di Astro, anda boleh ke saluran 806.
Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu ke laman sesawang RTM Klik untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.