Skuad negara kendalian Tan Cheng Hoe berdepan situasi wajib menang pada aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Hyundai ASEAN 2026 bertemu Filipina di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras, jam 9.00 malam ini.

Terikat enam mata dengan pencabar terdekat, Myanmar menyaksikan skuad negara perlu meraih kemenangan sekiranya mahu melangkah ke separuh akhir.

Piala Hyundai ASEAN 2026.
Kredit Foto: Malaysia NT

Tambahan pula Myanmar perlu berhadapan dengan pendahulu kumpulan B, Thailand dalam aksi yang bakal berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Info Siaran Langsung Piala Hyundai ASEAN 2026

Selepas meraih dua kemenangan awal, kem negara tersentak selepas tewas 0-2 di tangan Thailand dan barisan pemain pastinya mahu bangkit di Cheras.

Sokongan padu para penyokong amat ditagih Paulo Josue dan rakan sepasukannya untuk memburu tiga mata penuh. Lebih menarik, difahamkan tiket atas talian sudah habis terjual.

Satu keadaan yang mampu menjadi tonik paling berguna buat skuad negara untuk turun beraksi pada malam ni meskipun tanpa kehadiran Endrick Dos Santos dan Jimmy Raymond susulan kecederaan dialami.

Bagi penyokong yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, anda boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan melibatkan skuad Malaysia dalam Piala Hyundai ASEAN 2026 pada malam ini di saluran Facebook dan Youtube ASEAN United FC.