Skuad negara kendalian Tan Cheng Hoe akan turun menentang Vietnam pada aksi separuh akhir pertama Piala Hyundai ASEAN 2026 yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.
Pertembungan ini cukup penting buat skuad Harimau Malaya yang berhasrat mendapatkan bekalan selesa di laman sendiri sebelum bertandang ke Hanoi bagi aksi separuh akhir kedua pada 19 Ogos nanti.
Namun, aksi yang bakal berlangsung jam 9.00 malam itu bukan tugas mudah buat skuad negara. Hal ini kerana Vietnam merupakan juara bertahan dan dibarisi pemain-pemain berkualiti tinggi seperti Nguyen Xuan Son, Nguyen Quang Hai dan Nguyen Dinh Bac.
Manakala Malaysia pula hilang khidmat Wan Kuzain yang sudah kembali ke Amerika Syarikat untuk bersama kelabnya, Sporting JAX. Skuad negara sebelum ini telah kehilangan Endrick Dos Santos dan Jimmy Raymond yang mengalami kecederaan.
Info Siaran Langsung Separuh Akhir 1 Piala Hyundai ASEAN 2026 Malaysia vs Vietnam
Bagi penyokong yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, anda boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan melibatkan skuad Malaysia dalam Piala Hyundai ASEAN 2026 pada malam ini di saluran Astro Arena Bola 803, selain penstriman melalui Astro Go dan Sooka.
Saluran Youtube dan Facebook ASEAN United FC juga berkemungkinan besar akan turun menyiarkan perlawanan ini secara siaran langsung.