Bekerja keras seharian untuk mencari rezeki bagi memenuhi permintaan keluarga dan insan tersayang pada Ramadan bukanlah sesuatu perkara mudah. 

Itulah antara intipati filem pendek bertajuk ‘Kuatkan imuniti, rezeki Ramadan dinikmati’ yang menampilkan duta jenama terbaharu Selebriti terkenal Lisa Surihani yang berkongsi kepentingan untuk menjaga kesihatan diri meski sibuk bekerja. 

Video berdurasi 120 minit ini mengadaptasi kisah realiti yang biasa dihadapi oleh individu dalam kehidupan seharian. Filem pendek ini membawakan penceritaan Seloka iaitu genre muzik Melayu, kebiasaanya digunakan dengan cara berjenaka untuk penceritaan cerita rakyat dan tradisi.

Mesej utama filem pendek ini adalah memberi pendedahan kepada orang ramai tentang cara mudah mengekalkan tenaga berpanjangan sepanjang hari, dengan saranan untuk mengambil satu tablet Redoxon® setiap hari. 

Ini kerana, di dalam setiap satu tablet vitamin Redoxon® mengandungi tiga dalam satu manfaat kombinasi Vitamin C, D, Zink, untuk sokongan imunisasi sepanjang berpuasa. 

Redoxon® tekan kesihatan imun diri

Ramadan tahun ini pastinya lebih bermakna bagi umat Islam selepas hampir dua tahun menantikan sambutan Aidilfitri bersama keluarga dan saudara disebabkan berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Selain melaksanakan ibadah, tanggungjawab lain seperti menyediakan keperluan keluarga serta membuat persediaan bagi mendapatkan hari raya yang ideal turut tidak dilupakan.

Bagi sesetengah individu, Ramadan boleh menjadi sedikit mencabar kerana mereka perlu bekerja keras dan menyebabkan kurang mendapat rehat dan tidur yang tidak mencukupi. 

Ini kerana, peningkatan aktiviti fizikal dan kekurangan rehat boleh menjejaskan kesihatan imun dan meningkatkan risiko untuk seseorang individu mendapat sakit seperti selsema dan sakit  tekak1

Vitamin C, D, and Zink untuk kesihatan imuniti

Pek Ramadan Redoxon® Edisi Terhad kini boleh didapati di kedai rasmi Bayer, Shopee dan Lazada.

Umum mengetahui, vitamin adalah elemen yang sangat penting serta diperlukan bagi menjamin tubuh badan yang sihat. 

Terdapat pelbagai jenis vitamin dan zat mineral yang diperlukan oleh badan dan boleh didapati dengan cara mudah melalui pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin.

Meski tidak dinafikan ramai individu mengalami kekurangan vitamin dalam badan berikutan masalah untuk mengamalkan pemakanan seimbang berikutan kekangan masa dan diet tidak seimbang. 

Bagi menangani masalah ini, orang ramai disarankan untuk mengambil vitamin dalam bentuk suplemen sebagai makanan tambahan untuk mendapatkan manfaat yang sama. Seperti saranan Lisa Surihani, antara suplemen dan makanan tambahan yang boleh diamalkan oleh orang ramai adalah vitamin larut dari Redoxon®. 

Peraduan Redoxon® petua buster

Bermula 6 sehingga 27 April, jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan Redoxon® Petua Buster di media sosial dengan mengikuti tiga langkah mudah ini dan berpeluang menerima 15 pek edisi terhad Redoxon®.

Layari siaran peraduan di Facebook Redoxon® dan komen petua untuk kekal sihat yang anda pernah dengar pada video berikut, kemudian tag tiga rakan anda beserta tanda pagar #SehariSebiji.

Pastikan profil media sosial Instagram dan Facebook anda berada dalam tetapan ‘awam’ bagi memastikan penyertaan anda sah.

Cerita anda akan dikongsi dan diletakkan pada bahagian sorotan Instagram Redoxon®. Lima pemenang terpilih akan diumumkan pada setiap minggu, jom sertai sekarang!

Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan pek Ramadan Redoxon® sebagai buah tangan ‘balik kampung’ kepada ahli keluarga dan rakan-rakan sempena raya ini di kedai dalam talian Bayer di Shopee.

Untuk maklumat lanjut mengenai Redoxon® layari https://www.redoxon.com.my.

1.Numasitoh T. Physical activities, exercises, and their effects on the immune system. JKKI 2015;7(2): 52.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Bermula Dengan Van RM200, Dua Gadis Ini Kini Mampu Buka Kedai Kopi Berkonsep Minimalis

Terlepas Tuduhan ‘Membunuh’ 11 Tahun Lalu, Netizen Dakwa Lelaki Ini Maut Di Lokasi Pembunuhan Kerana Hukum Karma