Tadi dilaporkan bahawa Aliff Aziz telah dicekup berkhalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah dan hal itu telah meraih perhatian netizen.

Susulan itu, nama Ruhainies telah dipetik netizen dimana netizen merasakan Ruhainies adalah pelakon wanita yang dicekup bersama Aliff Aziz pagi tadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menjengah ke ruangan komen di Instagram Ruhainies, para netizen mula menyerang Ruhainies kerana dia kini sedang menjalani penggambaran bersama Aliff.

Menerusi komen terbabit, segelintir netizen berasa tidak percaya dan ada juga masih menunggu kenyataan dari pelakon terbabit untuk menjernihkan keadaan.

Ada juga netizen yang mengecam dan menuduh Ruhainies sebagai penyondol. Apa pun, kita tunggu sahaja kenyataan yang akan dikeluarkan kelak.