Selepas beberapa bulan berkongsi teaser dan membuat peminat seluruh dunia ternanti-nanti, Siri HONOR 90 akhirnya dilancarkan, dengan harga bermula pada RM 1,799 sahaja.

Ia menetapkan satu penanda aras baru dalam fotografi telefon pintar dan perlindungan mata – dengan tiga spesifikasi berbeza dan pelbagai ciri-ciri termaju yang menyeronokkan.

HONOR terus berusaha dengan lebih gigih lagi bagi memberi pengguna pengalaman yang luar biasa. Sempena pelancaran ini, HONOR menawarkan promosi menarik!

Siri HONOR 90 sedia untuk dimiliki bermula 22 Julai ini, jadi jangan lepaskan peluang menjadi antara yang terawal kerana HONOR menawarkan kredit e-Wallet sehingga RM150 hanya kepada pelanggan yang membeli Siri HONOR 90 pada 22 Julai 2023.

 

 

Sila catatkan tarikh penting ini dan miliki siri HONOR 90 kegemaran anda! Ayuh singgah ke Kedai Experience HONOR, Laman Sesawang Rasmi HiHONOR, Kedai Pengedar Sah, Lazada, Shopee, Courts, Harvey Norman, Senheng, SenQ, Urban Republic, Maxis, dan Yes.

HONOR juga teruja untuk mengumumkan Siri HONOR 90 bakal tersedia melalui pelan Celcom dan Digi tidak lama lagi. Nantikan maklumat terkini tentang ketersediaannya kelak.

Di sini butiran yang anda perlu tahu tentang tiga model HONOR yang dipromosikan:

HONOR 90 5G – Kamera Super Sensing 200MP Terbaik Dalam Kelas Tersendiri dan Perlindungan Mata Dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko Pertama Dunia

Telefon pintar flagship HONOR 90 5G dimegahkan oleh Kamera Super Sensing 200MP dan Kamera Depan Super Clear 50MP, membawa revolusi baharu dalam fotografi telefon pintar dengan kejelasan dan butiran yang tiada tandingan.

Kamera Super Sensing 200MP hadir dengan sensor 1/1.4 inci yang menghasilkan foto HDR (high dynamic range) yang terbaik dan terperinci, sama ada ketika suasana cahaya terang atau rendah.

Menampilkan Kamera Depan Super Clear 50MP, HONOR 90 5G mampu merakam swafoto dengan kejelasan yang mengagumkan. Lihat foto-foto yang dirakam hasil kehebatan kamera HONOR 90 5G:

Sumber Gambar: Kenji Ooi [Night Mode]
Sumber Gambar: Fahmie Izwan

Selain kehebatan kamera, HONOR 90 5G juga memperkenalkan teknologi Perlindungan Mata dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko yang pertama di dunia, menyediakan pengalaman paparan bebas kerlipan kepada pengguna sekaligus dapat mengurangkan masalah ketegangan mata dan membuatkan mata lebih selesa.

Ciri-ciri keselesaan mata yang pertama dalam industri ini telah menerima Pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free yang menyokong frekuensi PWM tertinggi dalam industri iaitu 3840Hz, yang secara efektif dapat mengurangkan masalah ketegangan mata kepada pengguna apabila cahaya ditetapkan pada tahap rendah.

Paparan HONOR 90 5G juga memiliki ciri-ciri Pemalapan Dinamik yang menghasilkan cahaya semula jadi dan mengatasi masalah keletihan mata, begitu juga dengan teknologi Paparan Malam Sirkadia HONOR yang menapis cahaya biru dan menggalakkan penghasilan hormon melatonin sekaligus dapat memperbaiki kualiti tidur pengguna pada waktu malam.

HONOR 90 5G juga menawarkan pilihan ruang penstoran sehingga 512GB dan dikuasakan oleh Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition untuk prestasi lebih lancar. Mendapat perhatian ramai pakar teknologi seluruh dunia, HONOR 90 5G sering disebut-sebut bakal menjadi satu penanda aras baru bagi perlindungan skrin, sekaligus mengukuhkan bukti komitmen HONOR terhadap keselamatan dan keselesaan pengguna.

HONOR 90 tersedia dalam warna Diamond Silver, Peacock Blue dan Emerald Green, dengan dua pilihan 12GB+256GB and 12GB+512GB pada harga masing-masing RM1,799 dan RM2,099.

Untuk pembelian HONOR 90 5G yang diidami ramai, HONOR berbesar hati untuk menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM647 sebagai tanda penghargaan ke atas sokongan pengguna! Bukan itu sahaja, pembelian pada 22 Julai juga akan menerima RM150 yang akan dimasukkan ke dalam e-Wallet di kedai terpilih!

HONOR 90 Lite 5G – Peneman Setia

Bagi pengguna yang mencari harga mampu milik tanpa berkompromi dengan kehebatan ciri-ciri sedia ada, HONOR 90 Lite merupakan pilihan terbaik. Mempunyai Kamera Ultra 100MP yang hebat, paparan 6.7 inci yang mengagumkan dengan ciri-ciri keselesaan mata, dan memori tambahan 8GB dengan penstoran 256GB.

Memiliki gaya menarik dan keupayaan yang mengagumkan, HONOR 90 5G pastinya dapat menawan hati peminat teknologi dan fotografi, serta mampu merakam apa jua keadaan sama ada foto landskap yang menarik atau swafoto yang menawan.

HONOR 90 Lite hadir dengan warna Cyan Lake atau Midnight Black pada harga RM1,099. Bagi peminat HONOR 90 Lite, tentu tidak akan ketinggalan!

HONOR menyediakan pelbagai hadiah menarik secara percuma bernilai RM258 eksklusif kepada pengguna. Bahkan juga akan menerima tambahan kredit e-Wallet bernilai RM50 sekiranya anda membuat pembelian pada 22 Julai di kedai terpilih!

HONOR Pad X9 – Hiburan Luar Biasa dengan Gaya Elegan

Sebagai pelengkap, HONOR turut memperkenalkan HONOR Pad X9, sebuah tablet serba boleh yang meningkatkan pengalaman hiburan dan pendidikan.

Memiliki Paparan HONOR FullView 11.5 inci dengan ciri-ciri keselesaan mata, sistem audio enam pembesar suara yang dikuasakan oleh teknologi penyesuaian bunyi HONOR Histen, dan pemproses Qualcomm Snapdragon® 685 4G 6nm, HONOR Pad X9 menghasilkan visual yang menakjubkan dan audio yang mengasyikkan.

Ditambah dengan bateri tahan lama 7250mAh, pengguna dapat menikmati hiburan tanpa gangguan, sesuai untuk menonton Netflix tanpa henti!

Sumber Gambar: FB HONOR Malaysia

Pada harga hanya RM1,099, HONOR Pad X9 tersedia dalam warna Space Grey dengan memori 4GB+128GB. Sebagai bonus tambahan, HONOR mengumumkan pilihan baharu HONOR Pad 8 dengan penstoran lebih besar 8GB+256GB pada harga RM1,499. Ada sesiapa yang berminat?

Kini tersedia untuk dimiliki, jangan ketinggalan untuk menyertai keseronokan pengembaraan dengan Siri HONOR 90!

Segala maklumat yang menarik tentang Siri HONOR 90 boleh ditemui di sini. Dapatkan Siri HONOR 90 pilihan hati anda hari ini!