Siti Nordiana akhirnya menarik semula saman fitnah bernilai RM2.5 juta terhadap 5 individu yang memburuk burukkan namanya dengan tohmahan tak berasas ketika sesi live instagram sebelum ini.
Di kalangan 5 individu tersebut, 2 daripadanya adalah rakan seperjuagannya dalam industri hiburan atau lebih tepat dalam dunia nyanyian iaitu Lan Solo dan Syura.
Baca Juga:
- Dikecam Kerana Bergelek, Amir Ahnaf Nasihatkan Netizen Buka Minda Tentang Seni Eskspresi Fesyen
- Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Nasihat Para Suami: ‘Jangan Ada Cinta Lain’
- Lihat Apa Arkitek Ini Hasilkan Setelah Mengembara Solo Selama 5 Bulan
Siti Nordiana mendakwa pada 20 Julai 2021, melalui siaran langsung yang dikendalikan Nur Sheila (isteri Lan Solo) bersama dengan empat defendan lain, mereka telah memfitnahnya menerusi akaun Instagram masing-masing menyiarkan video tersebut.
Siti Nordiana menegaskan bahawa fitnah itu menggambarkan bahawa beliau bukan seorang artis yang bersih serta tidak dihormati orang. Dia juga digambarkan seorang artis yang ego, besar kapala serta sanggup berbuat apa sahaja untuk menjadi popular dan dihormati. Banyak lagi tuduhan liar dilemparkan ke atasnya.
Siti Nordiana kemudian mengamcam tindakan saman ke atas 5 defendan dan mengarahkan mereka memadamkan video itu. Malangnya, kandungan video itu sudah tular di merata rata platform lain.
Namun setelah satu episod yang panjang, perkara itu akhirnya dapat diselesaikan secara baik oleh kedua dua pihak.
5 individu tersebut telah meminta maaf kepada Siti Nordiana di hadapan hakim. Siti Nordiana menerima permohonan maaf tersebut dan sebelum itu turut meminta maaf kepada 5 individu tersebut
Dipetik dari sumber BH Online, peguam yang mewakili Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin mengesahkan bahawa kedua dua pihak setuju untuk berdamai dan menyelesaikan kes saman fitnah ini di luar mahkamah.
MAKLUMAN BERHUBUNG KES SAMAN FITNAH SITI NORDIANA.
Kes sambung bicara yang sepatutnya diteruskan pada pagi ini telah diselesaikan secara Penghakiman Persetujuan oleh kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan-Defendan di hadapan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi. pic.twitter.com/bwNYUPyaTh
— Abang Azlan (@AbangAzlanAA) December 5, 2023
“Kedua-dua pihak telah bermaaf-maafan dan kemudiannya Yang Arif Hakim telah merekodkan Penghakiman Persetujuan tanpa kes ditarikbalik dan tanpa perintah terhadap kos,” tulis Azlan di Facebook rasmi firma guamannya.
Azlan turut mendedahkan bahawa ada 3 terma dan syarat dalam penyelesaian itu yang harus dipatuhi oleh kesemua pihak.
Azlan tidak mahu mengulas tentang hubungan Siti Nordiana dengan 5 individu tersebut selepas ini. Kerana ianya adalah hak masing masing untuk berada di luar.
BERITA | KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias, 39, atau Nana bersetuju menyelesaikan secara baik kes saman fitnah sebanyak RM2.5 juta yang difailkan terhadap lima individu termasuk dua rakan seperjuangannya iaitu Lan Solo dan Syura Badron.
Berita selanjutnya:… pic.twitter.com/2B7nKFnTNR
— Berita Harian (@bharianmy) December 5, 2023