Siti Nordiana akhirnya menarik semula saman fitnah bernilai RM2.5 juta terhadap 5 individu yang memburuk burukkan namanya dengan tohmahan tak berasas ketika sesi live instagram sebelum ini.

Di kalangan 5 individu tersebut, 2 daripadanya adalah rakan seperjuagannya dalam industri hiburan atau lebih tepat dalam dunia nyanyian iaitu Lan Solo dan Syura.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Siti Nordiana mendakwa pada 20 Julai 2021, melalui siaran langsung yang dikendalikan Nur Sheila (isteri Lan Solo) bersama dengan empat defendan lain, mereka telah memfitnahnya menerusi akaun Instagram masing-masing menyiarkan video tersebut.

Siti Nordiana menegaskan bahawa fitnah itu menggambarkan bahawa beliau bukan seorang artis yang bersih serta tidak dihormati orang. Dia juga digambarkan seorang artis yang ego, besar kapala serta sanggup berbuat apa sahaja untuk menjadi popular dan dihormati. Banyak lagi tuduhan liar dilemparkan ke atasnya.

Siti Nordiana kemudian mengamcam tindakan saman ke atas 5 defendan dan mengarahkan mereka memadamkan video itu. Malangnya, kandungan video itu sudah tular di merata rata platform lain.

Namun setelah satu episod yang panjang, perkara itu akhirnya dapat diselesaikan secara baik oleh kedua dua pihak.

5 individu tersebut telah meminta maaf kepada Siti Nordiana di hadapan hakim. Siti Nordiana menerima permohonan maaf tersebut dan sebelum itu turut  meminta maaf kepada 5 individu tersebut

Dipetik dari sumber BH Online, peguam yang mewakili Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin mengesahkan bahawa kedua dua pihak setuju untuk berdamai dan menyelesaikan kes saman fitnah ini di luar mahkamah.

“Kedua-dua pihak telah bermaaf-maafan dan kemudiannya Yang Arif Hakim telah merekodkan Penghakiman Persetujuan tanpa kes ditarikbalik dan tanpa perintah terhadap kos,” tulis Azlan di Facebook rasmi firma guamannya.

Azlan turut mendedahkan bahawa ada 3 terma dan syarat dalam penyelesaian itu yang harus dipatuhi oleh kesemua pihak.

Azlan tidak mahu mengulas tentang hubungan Siti Nordiana dengan 5 individu tersebut selepas ini. Kerana ianya adalah hak masing masing untuk berada di luar.