Siti Nurhaliza enggan memberikan sebarang komen tentang pelantikannya sebagai pakar di Universiti Malaya.

Baru baru ini Universiti Malaya mengumumkan Datuk Sri Siti Nurhaliza sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced).

Siti Nurhaliza akan menggalas tugasan itu selama dua tahun.

Ianya mengundang banyak reaksi. Di mana ada yang mempersoalkannya dan mempertikaikan. Ini kerana menurut mereka Siti Nurhaliza tidak memiliki pencapaian akademik yang tinggi.

Namun ramai yang mempertahankan tindakan UM itu kerana Siti Nurhaliza diletakkan di dalam program UMCced yang merupakan pusat pembelajaran berterusan sepanjang hayat.

Lagipun Siti Nurhaliza memiliki pengalaman sangat luas dalam bidang muzik terutama sekali dalam nyanyian. Itu sudah cukup melayakkan dia bergelar pakar bidang berkenaan.

Ini Sebab Siti Nurhaliza Layak Dipilih Sebagai Pakar Di UMCCed

Selepas mendengar pelbagai polemik tentangnya, pengurusan Siti Nurhaliza menyatakan bahawa penyanyi itu memutuskan untuk berdiam diri tentang perkara itu buat masa ini.

Dipetik daripada laman Beautifulnara, SN Productions menyatakan: “Salam rakan-rakan media semua. Buat masa ini, Siti tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan sempena pelantikan pakar di UMCced kerana kenyataan rasmi harus dikeluarkan terlebih dahulu oleh pihak berkenaan.

“Selepas kenyataan rasmi sempena pelantikan dibuat, Siti akan beri maklum balas kepada media mengenai perkara ini.

“Sementara itu, Siti turut memohon maaf tidak dapat memberi kenyataan susulan perkara itu.

“Terima kasih kepada rakan-rakan media dan mohon maaf kerana buat masa ini, Siti tidak dapat memberikan kenyataan.”