Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11(1) mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sekolah Terbaik Dunia baru-baru ini.
Memetik kenyataan media sosial Kementerian Pendidikan, sekolah tersebut memenangi kategori ‘Supporting Healthy Lives‘ melalui projek inovatif aplikasi HELPIE yang telah memberi manfaat kepada lebih 1,400 murid dalam aspek kesihatan mental.
Baca Juga:
- Terbengkalai Lebih 20 Tahun, Jambatan Monorel Putrajaya Akan Jadi Laluan Pejalan Kaki & Basikal

- Kelantan Jadi Penyumbang Terbesar, Lunaskan Pembelian Tanah RM5 Juta Kompleks PAS Pusat Berhampiran Putrajaya

- Penduduk Bangi, Putrajaya Teruja Diliputi Kabus Tebal Macam Di Cameron Highlands

Idea pembangunan projek aplikasi itu adalah untuk membantu para pelajar mengawal tekanan masing-masing kerana banyak tugasan perlu disiapkan di sekolah.
Guru besar ucap terima kasih kepada pelajar & ibu bapa SK Putrajaya Presint 11(1)
Guru besar sekolah tersebut mengucapkan terima kasih kepada para pelajar dan ibu bapa yang sama-sama menjayakan projek tersebut.

“Alhamdulillah dan tahniah ini bukan sahaja untuk sekolah tetapi lebih utamanya untuk anak-anak serta ibu bapa yang sentiasa menyokong setiap perkara/aktiviti/majlis yang dijalankan di sekolah.
“Kejayaan ini perlu kita rai bersama, perlu kita rasakan gembira dan bangga itu demi memastikan anak-anak SKPP11(1) sentiasa memperolehi kejayaan dalam semua perkara yang dilakukan bukan sahaja pada waktu sekolah ini tetapi juga pada masa akan datang.

“Jadikan setiap kejayaan itu penguat semangat anak-anak untuk terus berjaya dan melakar sejarah sendiri dalam kehidupan dan kerjaya nanti. Terima kasih semua. World Best School Prizes 2025 – Supporting Healty Lives (mental health) milik kita,” kata guru besar SK Putrajaya Presint 11(1).