Satu video tular di China, memaparkan seorang wanita dipercayai perempuan simpanan, telah keluar ikut tingkap rumah pangsa dan melakukan aksi lagak ngeri.
Wanita tersebut tidak mahu rumah tangga lelaki kesayangannya berantakan, punca dia sanggup bergadai nyawa cuba mengelak daripada tertangkap.
Menurut Must Share News, kejadian itu berlaku 30 November lalu di Guangdong, China. Memaparkan seorang lelaki tidak berbaju melihat perempuan simpanannya menuruni bangunan itu dengan bergayut dan berpaut pada struktur binaan bangunan tersebut.
Dia sanggup melakukannya dari tingkat 10 dengan gaya Spiderman.
@mustsharenews Whether it was an affair or not, her actions were extremely dangerous. #mustsharenews #sgfyp #china
Di ruangan komen, ada yang mempersoalkan tindakan wanita itu sanggup merisikokan nyawanya demi seorang lelaki.
“Siapa lelaki itu yang membuatkan kamu sanggup berbuat begitu,” tulis seorang netizen.
Kemudian ada juga yang kehairanan kerana lelaki skandalnya itu tidak menghentikan perbuatan wanita itu, kerana ia jelas boleh mengundang nahas.
Yang lain pula menganggap tindakan wanita itu sia sia sebab dah tular.
“Sekarang ini bukan sahaja isteri lelaki itu yang tahu, malah satu dunia dah tahu,” tulis yang lain.
Seorang lagi menyindir: “Wanita itu bergadai nyawa untuk mengelak tertangkap. Kamera…”
Ada juga yang menulis: “Full time mistress, part time Spiderman.”