Meskipun, TikTok giat menurunkan video-video berunsur provokasi di platformnya. Masih menjadi tanda tanya bagaimana sebahagian daripadanya merupakan video berbayar pula.
Terbaharu, pihak SKMM dan PDRM telah meminta penjelasan daripada TikTok sendiri bagaimana video tersebut adalah kandungan berbayar dengan tanda label paid partnership. Berdasarkan laporan terkini, sebanyak tiga video yang berjaya dikesan mempunyai unsur provokasi.
Baca Juga:
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
Kenyataan Media
TIGA (3) KLIP VIDEO AMARAN RUSUHAN 13 MEI BERBAYAR: MCMC DAN PDRM TELAH PANGGIL TIKTOK BERI PENJELASAN. pic.twitter.com/t5KmBaMi7Z
— MCMC (@MCMC_RASMI) November 30, 2022
Bagaimanapun, pihak TikTok enggan memberitahu sama ada video-video tersebut telah dibayar oleh ahli politik dan juga berapa banyak video telah dihasilkan setakat ini. Platform TikTok pula tidak seperti Meta yang mana mempunyai program menapis kandungan berunsur politik.
Orang ramai diingatkan untuk berfikir panjang sebelum membuat sesuatu hantaran atau pun memuat naik video di laman sosial. Hukuman berat akan dikenakan di bawah Akta 575 Kanun Keseksaan kerana berniat mencetuskan ketidakharmonian di kalangan masyarakat.