Nama selebriti Iqram Dinzly sering menjadi bualan ramai apabila dia mencetuskan pelbagai kontroversi.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @syarifahnabilahbi2 telah berkongsi sebuah video memaparkan Iqram Dinzly solat dalam kapal terbang.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
@syarifahnabilahbi2 Bismillahirrahmanirrahim. Ditakdirkan satu flight dengan @Yang Mulia IQ Dinzly pada 14/05/2023. Pengakhiran kita tak pasti, yang pastinya, dia solat paling awal dlm semua penumpang. Sbb time check in bertindan ngam2 waktu Zohor. Dahla ada turbulence after that 🥺 Insaf sekejap. Whatever the media is reporting, this is what I witnessed. #iqramdinzly #mstaronlineofficial #spiritualawareness
Menurut perakam, Iqram adalah individu yang paling awal menunaikan solat Zohor dalam kalangan penumpang kerana proses check-in dilakukan ketika waktu Zohor.
Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji Iqram yang menunaikan solat hormat waktu.
Bukan itu sahaja, ada juga individu yang mendedahkan bahawa Iqram memang menjaga solatnya dari dulu.