Demam Piala Dunia FIFA 2026 dah sampai ke kemuncaknya, korang! Mesti ada dalam kalangan korang yang tengah pening lalat cari port paling sempoi nak layan perlawanan bola sepak dengan member-member, kan?
Tak payah pusing jauh, KL Festival Park (KLFP) dekat Jalan Hang Tuah kini bertukar menjadi lubuk festival bola sepak paling gempak! Sempena musim bola ini, acara Sorak Piala Dunia @ KLFP 2026 sedang berlangsung meriah bermula 14 hingga 20 Julai 2026.
Paling best, festival berskala besar ini beroperasi dari 6:00 petang sehingga 6:00 pagi! Ya, anda tak salah dengar. Memang ngam sangat untuk anda yang nak layan live match sampai ke subuh sambil layan pelbagai aktiviti syok yang disediakan.
Jom kita tengok 4 tarikan utama yang anda wajib tahu:
1. TikTok Shop Belanja Baucar Diskaun 50% & Booth Fizikal Khas!

Bagi kaki shopping atau anda yang mahu borong barang keperluan harian dengan harga runtuh, ini berita paling letop. TikTok Shop bukan setakat penaja biasa-biasa, tapi mereka juga siap pacak Main Booth dan Merchant Booth khas buat pengunjung festival!
Tebus Baucar 50%: Senang sahaja, anda cuma perlu buka aplikasi TikTok, terus search kata kunci “Sorak” di aplikasi TikTok Shop dan anda boleh tebus baucar diskaun menarik sehingga 50%!
Jenama Terkenal Tanah Air: Tak payah tunggu abang kurier hantar rumah, korang boleh beli secara terus dekat lokasi daripada jenama hot macam Kahf, Milo, Appledot, Unilever Asia dan Beiersdorf. Memang berbaloi teruk!
2. Ayuh Tunjuk Skil Kat Games Zone, Ada ‘TikTok Shop Penalty Shoot Out’!
Anda bukan sahaja dapat berhibur menerusi skrin gergasi sahaja tau. Festival ini dimeriahkan lagi dengan zon permainan (Games Zone) luas yang diuruskan oleh Seni Tukang.
Paling penting, penyertaan adalah PERCUMA dan korang berpeluang menang macam-macam hadiah eksklusif!
Antara aktiviti fizikal dan santai yang korang wajib cuba termasuklah:
TikTok Shop Penalty Shoot Out Booth: Tunjukkan ketajaman sepakan penalti anda di sini untuk bawa pulang hadiah istimewa daripada TikTok Shop.
Futsal Match & 1v1 Panna Cage: Anda turut berpeluang gelecek seakan Messi dalam sangkar Panna atau tonton perlawanan persahabatan kelab futsal jemputan.
Aktiviti Santai Keluarga: Uji ketangkasan tangan dan kepala menerusi Tabletop Soccer dan Header Bola. Ada juga game Cip Bola Masuk Basket, Keyword Hunt serta kemunculan maskot rasmi yang akan pusing satu event!
3. Perut Lapar Layan Bola Sampai Subuh? Food Bazaar Kan Ada!
Menonton bola sepak sehingga jam 6 pagi pastinya memerlukan tenaga yang cukup. Di Sorak Piala Dunia @ KLFP 2026, anda tidak perlu risau tentang masalah lapar atau dahaga kerana terdapat kawasan Food Bazaar luas yang menyajikan pelbagai juadah enak untuk anda santap sewaktu separuh masa perlawanan.
Selain daripada gerai makanan tempatan, beberapa jenama gergasi terkemuka turut membuka booth pameran dan jualan mereka di sini untuk memeriahkan suasana:
- Makan & Minum: Starbucks, 7-Eleven, Gardenia / Numee.
- Gaya Hidup & Rangkaian: Grab, U Mobile, Ajmal Perfume, Sugarbomb, Lepak Luxe.
- Aktiviti Santai: Face painting dan temporary tattoo (untuk anda hias muka dengan bendera pasukan kegemaran!) serta photobooth untuk mengabadikan kenangan.
4. Pentas Utama Sentiasa ‘Glow Up’ Dengan Emcee Terkenal & Kuiz Interaktif

Suasana malam anda dijamin tidak akan hambar sebab pentas utama akan dihangatkan oleh gandingan emcee bertenaga dan popular iaitu Ayan Rahman dan Amie Sharin.
Mereka akan gempakkan malam korang dengan pelbagai aktiviti pentas seperti kuiz trivia bola sepak, cabaran menimbang bola serta sesi soal jawab interaktif yang dijalankan sebanyak dua sesi setiap hari (termasuk slot waktu rehat separuh masa). Anda jawab betul, anda bawa balik hadiah. Menarik bukan?
Jadi, tunggu apa lagi? Jangan biarkan malam anda sunyi di rumah. Plan hujung minggu anda, ajak geng-geng bola atau famili anda untuk serbu KL Festival Park, Jalan Hang Tuah sekarang.

Ayuh kita sama-sama rasai kehangatan bola sepak terbesar di Malaysia dengan penuh gaya dan diskaun jimat!