Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat semakin banyak syarikat yang membenarkan orang ramai work from anywhere. Hal ini memberi kebebasan buat orang ramai untuk melakukan tugas tanpa mengira tempat.

Dalam pada itu, pergerakan dari sesebuah tempat ke tempat yang lain pastinya lebih memudahkan pengguna sekiranya makanan, minuman dan juga barangan keperluan harian sedia untuk didapatkan dengan mudah. Malah, kami yakin masalah yang dilalui ini turut dialami buat mereka yang mahu ke tempat kerja.

Mengetahui masalah yang berlaku, mesin Layan Diri Pintar SpaceX telah diperkenalkan dalam menawarkan kelengkapan makanan, minuman dan juga barangan penjagaan kesihatan MediBox. Menariknya, para pengguna berpeluang membuat pembayaran secara cashless.

SpaceX

Bukan itu sahaja, apa yang membuatkan mesin layan diri SpaceX ini lebih unik adalah penawaran skrin bersaiz 55-inci yang bakal memudahkan pengguna.

Setakat ini mesin layan diri SpaceX sudah berjaya tersedia di lebih 200 lokasi sekitar Lembah Klang termasuk dalam pasar raya, pusat pengajian dan juga pejabat yang secara tidak langsung membolehkan pengguna grab barangan yang diperlukan dengan mudah dan tanpa mengira masa.

Lokasi SpaceX Smart Vending Machine

Ketika ini, SpaceX sedang mengadakan kempen Let’s Flash X It! dengan tagline ‘Scan, Flash and Grab’ di mana para pelanggan berpeluang menebus hadiah misteri semudah mengimbas kod QR daripada platform media sosial atau mesin layan diri SpaceX,

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengisi butiran anda dan proses pengimbasan melalui pautan yang disediakan. Jika mesin kehabisan stok, sila kembali pada minggu hadapan atau anda boleh cuba di mesin kami yang lain untuk menebus hadiah. Kempen yang berlangsung ini bermula 18 Oktober sehingga 17 November ini.

Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda bersama rakan-rakan anda vending machine hunting dalam merebut hadiah misteri daripada SpaceX. Ketahui lebih lanjut mengenai SpaceX dengan klik di sini.