Selebriti internet terkemuka dari Amerika Syarikat, IShowSpeed buat kejutan apabila berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim bagi menyaksikan perlawanan Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kelantan Darul Naim (KDN FC).
Malah, beliau turut hadir dengan memakai jersi JDT sekaligus menjadi bualan para peminat di media sosial.
Baca Juga:
- Netizen Indonesia Geram Lelaki Tempatan ‘Claim’ Hadiah Batik Berasal Dari Malaysia Depan Speed
- Peminat Cemas Hampir Kehilangan IShowSpeed Kerana Tercekik Durian Ketika Di Malaysia
- Pemilik Dedah Berapa IShowSpeed Bayar Untuk Burger Ramly Special Di Gerainya
🚨| NEW: Speed revealed he'll be meeting the Prince of Malaysia 😳👀 pic.twitter.com/ohAuxj88vQ
— Speedy HQ (@iShowSpeedHQ) September 22, 2024
Speed mengakui kagum dengan kecanggihan stadium milik juara bertahan Liga Super itu dan sempat bertemu pemilik kelab, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Kejadian itu turut disiarkan secara langsung di laman Youtube miliknya sambil ditonton oleh peminat dari seluruh dunia.
Tunku Ismail turut teruja dapat bertemu Speed dan sempat berkongsi perbualan video bersama isteri serta anaknya yang juga merupakan peminat individu tersebut.
Speed just met the Crown Prince of Johor 🇲🇾
pic.twitter.com/8mcuHWBPZ5— Speedy Updates (@SpeedUpdates1) September 22, 2024
Sebelum itu, Speed berada di Singapura dan sempat menonton aksi perlumbaan Formula One di sana.
ShowSpeed atau nama sebenarnya, Darren Jason Watkins Jr. lahir 21 Januari 2005), ialah personaliti internet Amerika dan penstrim dalam talian.
Beliau terkenal dengan tingkah laku dramatik dalam pelbagai strim langsung ketika menjelajah ke negara lain untuk menemui peminat dan juga merasai sendiri pengalaman berada di negara orang.
Pada tahun 2022, IShowSpeed beralih ke kandungan yang berkaitan dengan bola sepak sambil turut menjadi penyokong tegar pemain bola sepak Cristiano Ronaldo.
Speed seringkali memuat naik konten menyokong CR7 dengan sepenuh jiwa raganya.
Ketika ini IShowSpeed sudah memiliki 30.7 juta pelanggan di saluran YouTube miliknya. Ia meningkat mendadak sejak kunjungannya ke Indonesia.