Bila tiba sahaja tarikh 10.10, ramai yang sudah tidak sabar menantikan promosi besar-besaran.

Tahun ini, TikTok Shop kembali dengan Super Sale 10.10 yang berlangsung dari 1 hingga 10 Oktober.

Stack Voucher, RM10 Deals & Livestream Gempak — TikTok Shop Super Sale 10.10 Kembali Dengan Tawaran Hebat!

Paling menarik, kempen kali ini hadir dengan penghantaran percuma tanpa had, baucar berlapis (stackable vouchers) sehingga RM500 serta baucar siaran langsung (LIVE vouchers) harian dengan potongan sehingga 15%.

Inilah peluang terbaik untuk memenuhi senarai barangan idaman anda. Mesti anda mahu tahu apa tawaran menarik sepanjang TikTok Shop 10.10 Super Sale ini, bukan? Jom kita lihat!

1. RM10 Super Deals & barangan bawah RM100

Daripada produk kecantikan, kelengkapan harian sehinggalah ke aksesori, semuanya ditawarkan pada harga berpatutan.

Dengan RM10 Super Deals dan pelbagai pilihan barangan di bawah RM100, sesi membeli-belah kini lebih mudah tanpa perlu risau tentang bajet.

2. Penghantaran percuma tanpa had + baucar berganda

Sepanjang tempoh kempen ini, setiap pesanan akan menerima penghantaran percuma tanpa had.

Lebih menarik, pembeli boleh menebus dan menggabungkan beberapa baucar sekali gus untuk penjimatan maksimum sehingga RM500.

3. Siaran langsung setiap malam dengan potongan sehingga 70%

Setiap malam dari jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam, TikTok Shop menampilkan sesi LIVE shopping dengan pelbagai jenama menawarkan diskaun hebat sehingga 70%.

Antara sorotan menarik termasuklah:
1 Oktober – Potongan sehingga 60% (Drypers, Vinda, Dr.P, Libresse)
4 Oktober – Potongan sehingga 70% (SKIN1004MY)
6 Oktober – Potongan sehingga 68% (d’Alba Malaysia)
8 Oktober – Potongan sehingga 70% (Anua Malaysia)
9 Oktober – Live Flash Deals bersama Jean Perry Official
10 Oktober – Potongan sehingga 29% (Cosmoderm Malaysia)

4. All Star Livestreams bersama selebriti dan personaliti popular

Stack Voucher, RM10 Deals & Livestream Gempak — TikTok Shop Super Sale 10.10 Kembali Dengan Tawaran Hebat!

Dari 6 hingga 10 Oktober, TikTok Shop turut membawakan All Star Livestreams yang menampilkan selebriti, pempengaruh serta ketua jenama.

Selain diskaun, sesi ini turut menawarkan bundle eksklusif, promosi khas serta hadiah istimewa.

Antara barisan selebriti yang bakal membuat kemunculan ialah:
7 Oktober – Emiera, Amira Othman dan Fattah Amin
8 Oktober – TTRacing x Tomato
9 Oktober – Akeemsharyzal x 70mai
10 Oktober – Lisa Surihani, Aeril Zafrel & Wawa, Suri dan Pinn Yang

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati potongan harga dan tawaran menarik ini sepanjang TikTok Shop 10.10 Super Sale.

Buka aplikasi TikTok, pergi ke tab Shop, dan saksikan sendiri promosi eksklusif ini dari 1 hingga 10 Oktober.