Buat anda peminat Starbucks Malaysia, promosi yang paling dinanti-nantikan kini kembali ditawarkan oleh jenama kopi ternama tersebut dan pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menebus ia kali ini.

Starbucks Malaysia kembali tawarkan promosi beli 1 percuma 1 bermula hari ini, 25 September 2023 sehingga 27 September 2023 bermula dari jam 5 petang hingga 9 malam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Promosi ini tersedia di kesemua cawangan Starbucks kecuali di KLIA, KLIA2, Sunway Lagoon dan Genting Highland. Anda hanya perlu memilih dan membeli mana-mana minuman handcrafted dalam menu dan dapatkan satu minuman kegemaran anda yang berharga sama atau lebih murah secara percuma.

Adalah diingatkan bahawa promosi ini tidak sah untuk menebus mana-mana baucar atau promosi yang lain. Malah, promosi ini juga tidak sah menggunakan perkhidmatan penghantaran. Tunggu apa lagi? Jangan lupa temujanji kita hari ini di Starbucks terdekat.