Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) sentiasa mendambakan fasiliti khas buat mereka untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa. Siapa sangka kini Starbucks turut mengambil inisiatif bagi membantu mereka merasai pengalaman seperti orang lain.

Terbaharu, Starbucks Malaysia melakar satu lagi kejayaan dengan melancarkan cawangan baharunya di Vivacity Megamall yang menggunakan bahasa isyarat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Unair News

Difahamkan ini merupakan cawangan bahasa isyarat yang pertama rangkaian kopi itu di wilayah Borneo dan yang ketiga selepas di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Usaha ini sekaligus bakal menggandakan lagi penawaran peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan kepada golongan orang pekak dalam pembangunan ekonomi tempatan khususnya bagi rangkaian kopi di wilayah Borneo.

Menurut Starbucks, ia tidak sekadar memperkasakan penyertaan dalam ekonomi negara tetapi turut mengalakkan kumpulan pekerja ini semakin progresif. Hal ini akan merancakkan lagi dinamik ekonomi Malaysia.

Melalui perancangan itu, Starbucks berhasrat mengembangkan lagi konsep rangkaian bahasa isyarat di setiap negeri di seluruh Malaysia. Setakat ini, terdapat 20 kakitangan pekak telah bertugas di Starbucks dan pengambilan itu akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Malah, kehadiran Starbucks ini juga sebenarnya sangat bagus di dalam operasi seharian mereka kerana boleh menyantuni golongan pekak yang mungkin mengalami kesukaran untuk membuat pembelian air atau makanan tertentu di situ.

Sumber