Seperti ramai sedia maklum, pihak kerajaan menerusi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menempah 40 Starlink daripada Elon Musk yang merupakan pemilik syarikat Tesla dan SpaceX.

Hal ini sekaligus membuatkan orang ramai memberi kemampuan Starlink yang dikatakan mampu menawarkan internet yang pantas khususnya di tempat yang tidak menyokong sokongan internet atau memiliki kabel optik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, seorang pengguna terawal Starlink di Sabah tampil berkongsi di TikTok kemampuan Starlink di sebuah lokasi di Sabah di mana beliau mulai menempah Starlink sejak dari tahun 2021 tanpa bantuan kerajaan.

@.syukrie

#starlink #starlinkmalaysia #starlinksabah

♬ Notion – The Rare Occasions

Menerusi perkongsian ringkas yang dibuat, Starlink berpeluang menawarkan kelajuan internet mencecah 141Mbps manakala upload speed pula adalah sekitar 27Mbps.

Meskipun tidak sepantas kelajuan internet fiber, lelaki ini memaklumkan kawasan yang didiami tidak mempunyai sokongan unifi yang sekaligus mendesak beliau untuk mendapatkan Starlink.

Sementara itu, kelajuan internet Starlink dilihat menurun sedikit iaitu 118Mbps apabila cuaca hujan gara-gara Starlink disambungkan secara terus ke satelit.

@.syukrie

#starlink #starlinkmalaysia #starlinksabah

♬ Makeba – Jain

Perkongsian ringkas beliau secara tidak langsung telah mendapat perhatian para netizen yang teruja dengan kemampuan Starlink. Malah, lelaki ini turut memaklumkan Starlink mampu digunakan sehingga 128 pengguna secara serentak dalam jarak 182 meter persegi.

Sumber: TikTok @id.shukrie
Sumber: TikTok @id.shukrie
Sumber: TikTok @id.shukrie

Melihat kepada perkongsian yang dibuat lelaki ini, boleh dikatakan Starlink berpeluang menjadi solusi jangka masa pendek dalam menawarkan internet buat penduduk setempat khususnya kawasan yang tidak mempunyai jaringan kabel optik.