Sumbangan pemain dari kelab-kelab terkemuka Eropah sentiasa menjadi indikator penting dalam menilai kualiti dan kedalaman skuad kebangsaan di kejohanan besar seperti Piala Dunia.

Data terkini dari Piala Dunia 2026 menunjukkan dominasi beberapa kelab dalam aspek penjaringan gol dan bantuan gol, mencerminkan bukan sahaja bakat individu tetapi juga falsafah teknikal yang diterapkan di peringkat kelab.

Berikut adalah pecahan sumbangan gol dan bantuan gol mengikut kelab:

1. Real Madrid

Real Madrid adalah mesin gol di Piala Dunia. Pemain pemain Madrid mendahului senarai dengan 26 sumbangan gol dan bantuan gol (16 gol, 10 bantuan), satu angka yang menakjubkan.

Dominasi ini tidak mengejutkan memandangkan skuad mereka dipenuhi bintang bertaraf dunia yang mempunyai keupayaan teknikal luar biasa.

Kylian Mbappe, Vinicius Jr dan Jude Bellingham menjadi penyumbang penting kepada jumlah G/A ini.

Piala Dunia 2026
Kredit Foto: Jewel SAMAD / AFP

2. Arsenal, Bayern Munich

Arsenal dan Bayern Munich berkongsi tempat kedua dengan 20 sumbangan gol dan bantuan gol masing-masing.

Kedua-dua kelab ini menunjukkan keseimbangan yang baik antara penjaring gol dan pemberi bantuan.

Arsenal memiliki nama seperti Gyokeres, Bukayo Saka dan Declan Rice yang menjadi nama penting untuk negara mereka. Selain itu Leandro Trossard juga menunjukkan prestasi sangat baik bersama Belgium.

Bagi Bayern, pemain seperti Michael Olise dan Harry Kane adalah penyumbang utama kepada 8 gol dan 12 assist mereka.

Olise, dengan keupayaan menggelecek dan visi hantaran. Olise sebelum ini menjadi pencipta assist tertinggi dalam UCL dan Bundesliga musim ini. Dan dia sedang mendahului carta assist di Piala Dunia.

Statistik: Ini 5 Kelab Paling Tinggi Sumbangan Gol (G/A) Dalam, Arsenal Di Tangga Kedua

Kane dengan naluri penjaring dan kebolehan bermain sebagai ‘defensive forward’ yang bukan sahaja menunggu bola dalam kotak gol tetapi dia turun ke bawah untuk membantu ‘playmaking’ dan bertahan.

Pemain-pemain Arsenal turut mencipta 8 gol dan 12 bantuan, menunjukkan pemain mereka cenderung kepada peranan pencipta peluang, yang penting dalam memecahkan pertahanan lawan.

4. Liverpool

The Reds berada sedikit di belakang dengan 19 sumbangan (6 gol, 13 bantuan). Angka bantuan gol yang tinggi (13) menunjukkan bahawa pemain Liverpool cenderung menjadi pemangkin serangan, mencipta peluang untuk rakan sepasukan.

Ini mencerminkan sistem permainan Liverpool yang dinamik membantu pemain mereka menjadi progresif.

5. PSG

Paris Saint-Germain (PSG) menyumbang 18 gol dan bantuan gol (12 gol, 6 bantuan).

Walaupun mempunyai pemain bintang, sumbangan gol mereka lebih tinggi berbanding bantuan, menunjukkan kebergantungan kepada penyelesaian individu.

Pemain seperti Ousmane Dembele dan Achraf Hakimi menjadi nadi penting pasukan masing masing.

Seterusnya di Portugal mereka mempertaruhkan Nuno Mendes, Joao Neves dan Vitinha.

6. Newcastle

Newcastle melengkapkan senarai dengan 11 sumbangan (5 gol, 6 bantuan). Ia tetap dianggap pencapaian luar biasa. Dan penyumbang utama mereka ialah Bruno Guimaraes.

Sumbangan gol
Foto: X CBS