Sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) bakal dibina di Pulau Langkawi dengan menggunakan teknologi levitasi magnet menurut laporan Berita Harian.
Kajian bagi mewujudkan LRT di Langkawi akan dilaksanakan oleh syarikat Royal Eco Train Development (RETD) dari Korea Selatan yang dijangka siap dalam tempoh enam bulan.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
RETD bakal bekerjasama dengan Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Syarikat Q-Plex untuk mengkaji sudut teknikal, geografi dan impak projek itu kepada ekonomi setempat bagi membolehkan sistem berkenaan dilaksanakan di pulau pelancongan tersebut.
“Hasil dapatan kajian ini yang akan menentukan panjang jajaran, stesen dan prasarana berkaitan tetapi pada dasarnya kita merancang untuk membangunkan perkhidmatan ini dari Terminal Feri Kuah ke Pantai Chenang.
“Projek ini akan dilaksanakan secara berfasa sebelum dikembangkan ke destinasi pelancongan lain yang terdapat di Langkawi agar kita dapat memiliki rangkaian pengangkutan terbaik,” kata EXCO Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Dr Haim Hilman Abdullah.
Bagaimanapun, rancangan Kedah untuk mewujudkan LRT di Pulau Langkawi itu mendapat pelbagai reaksi berbeza dalam kalangan warga maya.
Ada yang berpendapat Langkawi tidak perlu mengecapi arus permodenan dan kekalkan suasana perkampungan serta alam semula jadi.
No. Langkawi does not need modernization! It's perfect the way it is! Preserve the kampung vibe and nature https://t.co/4YIbbDK7M3
— Nursofiyah Jamaluddin (@nursofiyahj) April 29, 2024
Langkawi ni tak perlu pun ada LRT. Cukup sekadar popularkan balik lanca sebagai pengangkutan awam.
Bukannya luas sgt pun, https://t.co/JlXq0qz9kJ— Soon™ (@hcsoon) April 29, 2024
Sblum pergi lebih jauh harap ada cost analysis lah. Nk buat apa maglev dkt pulau yg industri dia pelancongan je? Bas pun dh proven, bukan jem mcm lembah klang pun sana https://t.co/rex9DcG1P6
— Ryoiki Tenkai Kondensasi (@hrzrfn) April 29, 2024
Pulau Langkawi kebiasaannya menjadi destinasi warga kota untuk bercuti dan melepaskan tekanan namun ada yang berpendapat pembinaan LRT bakal merosakkan suasana tenang pulau tersebut.
Orang nak holiday pulau sbb nak santai2 lari dari imej kota, Exco Kedah boleh fikir nak bawa massive ugly grey elevated concrete LRT track pergi pusat pelancongan, pantai. Tergamak boleh fikir benda tu ok tapi sebenarnya hodohkan lagi surrounding pulau?
Susah exco celup2 ni. https://t.co/wbOW7O9lmj
— KEEM (@keemmazni) April 30, 2024
Difahamkan, tren LRT bakal diwujudkan itu permulaan perkhidmatannya disasarkan dari Terminal Feri Kuah ke Pantai Chenang sebelum dikembangkan ke destinasi pelancongan lain sekitar Langkawi.
Pembangunan projek it mengambil kira keperluan Langkawi dalam melaksana perubahan sistem pengangkutannya agar dapat mengekalkan pulau itu sebagai destinasi pelancongan.