Di China seorang pemandu kereta Mercedes yang tidak didedahkan indentitinya, telah diharamkan daripada semua stesen minyak di China.
Ini selepas pemandu itu bersikap biadap dengan melemparkan wang kepada petugas yang mengisikan minyak untuknya.
Video tersebut tular, dan pekerja tersebut kelihatan mengutip wang di atas lantai. Dia dikatakan telah menangis dimalukan pemandu tersebut.
Dia terkejut dan tidak percaya dengan insiden yang menimpanya pada hari itu.
Tindakan biadap itu mengundang kemarahan orang ramai. Dan kemudian persatuan stesen minyak di China telah mengharamkan pemandu itu.
π¨π¨π³ BREAKING β
China BANNED Driver From All Gas Stations Nationwide After Viral Video. pic.twitter.com/2opl4bMRF4
— β¦β¦β¦ πΏππππππππ β¦β¦β¦ (@PamphletsY) March 20, 2026
Netizen segera menyelar tindakan itu. Salah seorang berkata: “Berbuat baik itu tak perlu bayar sesen sekalipun.”
Yang lain juga setuju bahawa tindakan menghina pekerjaan orang lain adalah perbuatan terkutuk.
Seterusnya, seorang lagi berkata: “Ego dan terlalu bangga diri punca sanggup menabur wang seperti itu kepada orang lain.”