Liga Premier Sepaktakraw League (STL 2025) menyaksikan pemenang berbeza dalam dua Grand Prix (GP) awal apabila Melaka Titans muncul juara GP Terengganu manakala Negeri Antlers mengungguli saingan di laman sendiri.

Negeri Sembilan Antlers nyata menggunakan sebaiknya kesempatan beraksi di Stadium Arena N9, Nilai untuk menjelmakan aksi penuh bertenaga.

Baca Juga:

STL 2025

Ia jelas dibuktikan dengan kejayaan mudah menundukkan Johor Tigris pada perlawanan akhir sekali gus menambah 32 mata bagi kedudukan keseluruhan.

Johor Tigris yang sebelum ini mengumpul 16 mata berjaya menambah 28 mata lagi untuk jumlah keseluruhan 44 mata dikumpul setakat ini.

PDRM Defenders yang kini merupakan pendahulu saingan menambah 24 mata hasil kejayaan menamatkan saingan dikedudukan ketiga.

Sementara itu, Bomba Fighters menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum mengumpul sebarang mata selepas tewas pada kesemua perlawanan dilalui.

STL 2025
Johor Tigris

Berikut merupakan kedudukan terkini Liga Premier STL 2025 selepas berakhirnya dua pusingan GP:

STL 2025

1) PDRM Defenders – 52 mata

2) Johor Tigris – 44 mata

3) Kuala Lumpur Thunder – 42 mata

4) Negeri Sembilan Antlers – 40

5) Perak Bison – 39 mata

6) Melaka Titans – 32 mata

STL 2025
Pertembungan tempat ke-3/4 antara PDRM Defenders dan Perak Bison

7) Terengganu Turtles – 28 mata

8) Selangor Pistons – 21 mata

9) Penang Black Panthers – 16 mata

10) ATM Guardians – 12 mata

11) Kelantan Warriors – 12 mata

12) Bomba Fighters – 0 mata