Dalam kejadian membimbangkan, KK Mart di Jalan Mosi di Taiping, Perak, menjadi sasaran serangan bom petrol awal hari ini, lapor China Press.

Bagaimanapun, keeadaan dapat dikawal dengan pantas dan tiada kecederaan dilaporkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan tersebut, serangan berlaku kira-kira jam 5 pagi tadi apabila pelaku yang tidak dikenali melemparkan bom petrol ke arah premis kedai.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi stor berkenaan apabila bom berkenaan mendarat di kawasan kosong di hadapan kedai berkenaan dan gagal meletup.

Staff yang bekerja semasa kejadian tersebut telah bertindak pantas dengan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.

Difahamkan bahawa tiada kecederaan dilaporkan akibat serangan itu.

Setakat laporan ini ditulis, tiada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mahupun KK Mart.