Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengesahkan tuan rumah kejohanan bagi jelajah baharu BWF World Tour yang akan menampilkan 36 kejohanan untuk tempoh 2027 hingga 2030.

Pengumuman ini dibuat serentak dengan pendedahan pelan baharu badan induk dunia itu yang lebih berani untuk masa depan sukan badminton.

Struktur jelajah baharu ini akan terdiri daripada enam peringkat yang disatukan iaitu merangkumi BWF World Tour Finals, lima kejohanan Super 1000, lima kejohanan Super 750, sembilan kejohanan Super 500, lapan kejohanan Super 300, dan lapan kejohanan Super 100.

Semuanya buat pertama kali diintegrasikan sepenuhnya dalam satu sistem yang sama.

BWF World Tour Finals
Kredit Foto: Hou Zhaokang / Xinhua via AFP

Daripada senarai yang dikeluarkan, Terbuka Denmark telah dinaikkan taraf kepada Super 1000. Terbuka Hong Kong juga meningkat kepada Super 750 dan Terbuka Jerman menjadi Super 500.

Terdapat kejohanan yang mengalami penurunan seperti Terbuka Singapura (Super 500) dan Syed Modi International menjadi Super 100.

Selain itu, jumlah hadiah wang tunai juga akan semakin meningkat.

Berikut merupakan senarai penuh tuan rumah kejohanan dari Super 1000 hingga Super 100 bagi tahun 2027 hingga 2030:

BWF World Tour

Super 1000

1) Terbuka China (Chengdu)

2) Terbuka Denmark (Odense)

3) All England (Birmingham)

4) Terbuka Indonesia (Jakarta)

5) Terbuka Malaysia (Kuala Lumpur)

Super 750 

1) China Masters (Shenzen)

2) Terbuka Perancis (Paris)

3) Terbuka Hong Kong (Hong Kong)

4) Terbuka India (New Delhi)

5) Terbuka Jepun (Tokyo)

Super 500

1) Terbuka Australia (Sydney)

2) Terbuka Jerman (Mulheim)

3) Terbuka Arctic (Vantaa)

4) Indonesia Masters (Jakarta)

5) Kumamoto Masters Japan (Kumamoto)

6) Terbuka Korea (Seoul)

7) Malaysia Masters (Kuala Lumpur)

8) Terbuka Singapura (Singapura)

9) Terbuka Thailand (Bangkok)

 Super 300

1) Terbuka Kanada (Akan Diumumkan)

2) Terbuka Chinese Taipei (Taipei)

3) Orleans Masters (Orleans)

4) Terbuka Hylo (Saarbrucken)

5) Terbuka Macau (Macau)

6) Terbuka Switzerland (Basel)

7) Thailand Masters (Bangkok)

8) Terbuka Amerika Syarikat (Akan Diumumkan)

Super 100 

1) China Masters

2) Kaohsiung Masters

3) Syed Modi International

4) BNI Indonesia Masters

5) Malaysia

6) Terbuka Belanda

7) Terbuka Vietnam

Sumber