Suami Abby Abadi pernah lempang atau tampar Aslam dahulu, dan Abby Abadi mendedahkan alasan sebenar.
Abby Abadi akhirnya buka mulut tentang insiden suaminya, Muhammad Faizal, yang pernah menampar menantunya, Aslam. Menurut Abby, perkara itu berlaku bertahun-tahun lepas.
Ini kerana Aslam dikatakan ada hubungan cinta dengan anaknya, Marissa Dania, ketika Marissa masih bawah umur.
“Kenapa bapa tiri dia tampar [Aslam]? Sebab masa tu Marissa bawah umur dan duduk bawah jagaan saya dan suami,” jelas Abby di media sosial miliknya.
Menurut Abby, masa kejadian tu Marissa masih sekolah rendah lagi. Dia sendiri mengaku silap sebab tak tegas dari awal, sampai hubungan tu berpanjangan.
“Itu memang salah saya dan suami. Kami patut lebih tegas dan bagi amaran dari awal,” katanya Abby Abadi lagi.
Seterusnya, Abby juga dedahkan yang bekas suaminya, Norman Hakim, langsung tak tahu pasal hal ni sebab dia tak sempat nak cerita waktu itu.
Suami Abby Abadi anggap perbuatan Aslam pada masa itu sebagai melampau kerana berkenan dengan kanak kanak bawah umur.
Abby Abadi pada masa yang sama akui kedua dua pihak juga bersalah.
“Bapanya tak tahu sebab saya tak sempat cerita. Tapi dua-dua salah jugak sebenarnya,” tambahnya.
Abby turut cakap yang kalau masa tu dia buat laporan polis, Aslam mungkin dah dikenakan tindakan undang-undang kerana perkara itu adalah kesalahan serius.
“Tapi saya tak sampai hati nak report masa tu. Kalau report, dia yang masuk (penjara) kan?” ujarnya lagi.
Abby kata dia hanya bersuara sekarang sebab Aslam macam nak ‘berlawan’ sangat, walaupun dah buat permohonan maaf secara terbuka baru-baru ni.
“Kata dah minta maaf? Tapi yang hal 10 tahun lepas tu tak pernah minta maaf pun. Tiba-tiba muncul dengan minta maaf terbuka,” katanya.
Sebelum ni, Aslam ada buat permohonan maaf terbuka dekat Threads, katanya dia pernah minta maaf secara peribadi sebelum ni, tapi dia faham Abby nak dia buat secara terbuka.
Suami Abby Abadi bengang
Suami Abby Abadi sendiri sudah bengang dengan sikap menantunya itu yang dikatakan bersikap seolah olah tidak pernah bersalah.
Dia berkata: “Aslam oh Aslam. Selama ni aku diam je pasal apa yang kau buat. Dari awal kes kantoi tu, aku dah bagi penampar siap bagi warning lagi.
“Tapi lepas kejadian tu, aku malas nak ungkit. Kau tu, sejak kejadian itu tak pernah ada perkataan minta maaf pun. Tak pernah datang bersemuka mengaku perbuatan kau.
“Yang kau tahu, buat macho seolah olah tidak ada buat kesalahan. Kau memang tak ada tanggungjawab pun.
“Kau ingat benda ni boleh hilang macam tu je ke? Tak bro. Sorry, tapi benda tu tak pernah hilang dalam kepala aku. Aku ingat semua,” tegas suami Abby Abadi lagi.