Pemain tengah, Casemiro menjadi sasarah amarah peminat Manchester United selepas pasukan itu tewas kepada Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini.
Pemain kelahiran Brazil itu menjadi punca terhadap dua jaringan Liverpool pada separuh masa pertama yang berjaya disempurnakan oleh Luiz Diaz.

Baca Juga:
- Ten Hag: Arne Slot Tiba Di EPL Dengan Keadaan Lebih Baik Berbanding Saya
- Erik Ten Hag: Saya Sebenarnya Tak Mahu Kehilangan Scott McTominay
- Dilabel Antara Pengurus Terbaik Eropah Jadi Sebab Man Utd Kekalkan Erik Ten Hag
Pengurus pasukan, Erik ten Hag kemudiannya mengeluarkan Casemiro pada separuh masa kedua dan digantikan dengan pemain muda dari akademi kelab iaitu Toby Collyer. United tewas perlawanan semalam dengan keputusan 3-0.
Melihat kepada kecaman yang ditujukan kepada Casemiro, isteri beliau iaitu Anna Mariana enggan untuk berdiam diri lalu memuat naik satu gambar menerusi laman Instagram Story miliknya.
📸🇧🇷 Casemiro’s wife has shared this picture tonight. pic.twitter.com/Q8tosYwSTU
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 2, 2024
Anna memuat naik gambar semua trofi yang pernah dimenangi oleh suaminya yang terdiri daripada Liga Juara-Juara Eropah (UCL), La Liga dan Piala Super UEFA.
Kebanyakan trofi yang dimenangi oleh pemain berusia 32 tahun itu ketika beliau beraksi bersama Real Madrid yang mana turut diperkuatkan oleh pemain seperti Cristiano Ronaldo, Gareth Bale dan Sergio Ramos.
Selepas perlawanan menentang Liverpool, rata-rata peminat United tidak mahu Casemiro untuk beraksi dalam perlawanan selepas ini bahkan ada yang mahu pemain itu dijual ke kelab Arab Saudi.
Bekas tonggak skuad kebangsaan Brazil itu nyata gagal untuk beraksi sebagaimana ketika beliau menyarung jersi Real Madrid ketika bersama United dimana beliau sering membuat kesilapan terutamanya ketika berdepan pasukan besar.