Sebelum ini, ada individu mendakwa suami kepada aktiviti kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman telah menggunakan gelaran Datuk Seri palsu dimana gelaran itu dibeli dan bukan dianugerahkan dari mana-mana istana.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila pengguna Facebook mendedahkan nama Mahadi telah disenaraikan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mahadi dipercayai terlibat dalam proses jual beli saham syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Saham. Terdapat dua syarikat yang Mahadi jual saham Islamic Redeemable Preference Share (IRPS) iaitu Kankyo Energy dan QEW.

Difahamkan, kedua-dua syarikat tersebut hanyalah skim Ponzi iaitu operasi pelaburan penipuan yang membabitkan pulangan (keuntungan) yang luar biasa besarnya kepada pelabur dari wang yang dibayar oleh pelabur berikutnya.

Sejak April tahun lalu, ada muncul dakwaan bahawa Mahadi merupakan seorang penipu dan kali ini namanya sudah berada dalam senarai pemantauan Suruhanjaya Sekuriti Maaysia.