Suami kepada wanita yang melanggar tiga 4 pelajar UiTM – di mana 3 mangsa maut, seorang cedera – telah tampil meminta maaf kepada keluarga mangsa. Menurutnya, dia sudah menyembunyikan kunci kereta tersebut. Namun isterinya menjumpainya dan memandu kereta.
Suami wanita itu bernama Azhar Ahmad akui sedih dan kesal dengan tragedi yang berlaku.
Bercakap kepada Harian Metro, Azhar menegaskan dia menangis dan sedih melihat kemalangan tersebut: “Saya mewakili isteri ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua ahli keluarga pelajar terbabit,” tambah dia lagi.
Azhar sudah memasang niat sejak peristiwa itu berlaku, untuk meminta maaf kepada keluarga mangsa. Namun terpaksa menangguhkan niatnya itu kerana nasihat pihak berkuasa.
Dia kemudian mendedahkan kisah sebenar isterinya yang mengalami gangguan mental.
Dipetik dari sumber yang sama, Azhar menjelaskan: “Ketika mengandung anak keempat, 10 tahun lalu, di mana doktor mengesahkan bahawa isteri mengandung di luar rahim dan terpaksa menggugurkan kandungan tersebut.
#dungun Saya menangis dan sangat sedih melihat kemalangan itu. Saya mewakili isteri ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua ahli keluarga pelajar terbabit." – Azhar Ahmadhttps://t.co/aSDO3gkJzJ
— Harian Metro (@hmetromy) October 11, 2024
“Ketika mendapat rawatan di hospital di Kuala Terengganu, dia koma selama empat hari dan kehilangan banyak darah. Selepas sedar dari koma, isteri mula alami gangguan dan sering berhalusinasi dan bercakap sendirian.
“Sudah puas saya berubat, termasuk secara tradisional.. apa sahaja saya lakukan namun semuanya tidak berhasil,” katanya yang sudah berkahwin 30 tahun dengan pasangannya.”
Azhar menambah, walaupun isterinya berdepan masalah gangguan mental, namun dia seorang ibu dan nenek yang penyayang. Dia seringkali memasak untuk mereka.
Pada hari kejadian, Azhar sedang menunaikan solat Maghrib dan Isyak bersama anak bongsunya. Dan ketika itulah isterinya telah mengambil kunci kereta SUV mereka dan memandunya.
Azhar benar benar terkejut apabila melihat isterinya sudah tiada di ruang tamu menonton tv. Sambil menegaskan bahawa isterinya tidak pernah keluar pada waktu malam. Dan hanya memndu waktu siang untuk minum di kedai makan tidak jauh dari kampus.
Ketika keluar, dia atau anak anaknya akan menemani isterinya, kerana kondisinya.
Selepas dimaklumkan tentang kejadian itu, Azhar bergegas ke tempat kejadian. Terkejutnya dia apabila mendapat tahu, bukan seorang mangsa, namun 3 mangsa meninggal dunia dilanggar isterinya.
Dia seterusnya pergi ke balai polis untuk memberikan keterangan. Dan cuba bertemu dengan keluarga mangsa di Hospital Dungun. Tetapi polis menasihatinya agar menangguhkan dulu niatnya.
Akhir sekali dia berkata: “Tidak ada siapa yang mahu kejadian sebegini berlaku.
“Saya sudah sorokkan kunci kereta namun perkara tetap terjadi.”
Dia berharap pihak UiTM dapat membantunya untuk mengatur pertemuan dengan keluarga mangsa. Isterinya kini masih dalam tahanan reman untuk siasatan.
Reman terhadap pemandu wanita yang dipercayai merempuh dua motosikal hingga mengorbankan tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dan mencederakan seorang lagi yang lain disambung dua hari bermula esok. #digitalbernamatv #uitm
video: Mohd Khairul Fikiri Osman pic.twitter.com/gGJow8AyMf
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) October 13, 2024