Umum mengetahui bahawa pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Jae Wook telah ke Malaysia untuk sesi bertemu peminat sekaligus majlis pelantikannya sebagai duta pelancongan Korea Selatan semalam.

Ketika sesi sidang media, Jae Wook mengatakan bahawa dia telah melakukan ‘research’ terlebih dahulu sebelum ke Malaysia berasakan terdapat banyak persamaan di antara Malaysia dan Korea Selatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lee Jae Wook di sidang media ‘Annyeong Kawan’ – Gambar oleh Mimie Yuzi

“Saya rasa Malaysia dan Korea ada banyak persamaan terutama dari segi landskap dan keindahan yang ditawarkan di kedua-dua negara. Saya harap mempunyai masa untuk menerokanya.” ujar Jae Wook kepada Vocket ketika ditemui di sidang media.

Jae Wook yang teruja dilantik sebagai duta pelancongan sekaligus mahu mempromosikan Korea sebagai hub pelancongan dunia, dia telah berkongsi tempat dirinya melarikan diri daripada kesibukan iaitu Sungai Han.

Tambahnya, dia selalu naiki basikal di sana dan sebenarnya banyak aktiviti boleh dilakukan di sana seperti makan ramen atau pergi dating.

Menjengah ke sosial media, ramai peminat berkongsi video Jae Wook ketika sesi bertemu peminat dan beberapa peminat bertuah menerima barangan milik Jae Wook serta dapat bergambar bersamanya.

@chunbae___

Lee Jae Wook personally give his fav items for lucky fans 🥰🥰 #leejaewookinkl #alchemyofsouls #annyeongkawan

♬ Heaven’s Cloud – SEVENTEEN

@mimieyuzi

I forgot put my phone on silences during press conferences then it’s ringing. His reaction when my phone ring. hahah Thank you my friend record his reaction. #fyp #fypage #foryourpage #leejaewook #leejaewookinkl #love #xyzbca #visitkorea #anyongkawan

♬ ive got my eye on you – 🎧

@icedchocchip

SORRYY NAKSUUU🥺 ! #leejaewookoppa #leejaewookinmy #annyeongkawanwithleejaewook

♬ original sound – gfparkseojun – drookies

Bukan itu sahaja, peminat yang tidak mendapat tiket ke sesi bertemu peminat di PJAC 1 Utama telah menunggu di hadapan lokasi tersebut dengan harapan dapat berjumpa dengan Jae Wook.

Sekadar makluman, Malaysia dipilih sebagai negara pertama untuk kempen ‘Annyeong Kawan’ selepas Korea Selatan mengisytiharkan tahun 2022 dan 2023 sebagai tahun melawat negara itu.