Kita sedia maklum mendengar tentang akaun YouTube Buletin TV3 yang mana telah digodam baru-baru ini. Seperti sumpahan berangkai pula, kini giliran streamer terkemuka Malaysia pula menghadapi nasib yang sama pada akaun Facebook page peribadinya.
Perkara ini dapat diketahui selepas Faris ‘Soloz’ Zakaria telah berkongsi menerusi Istagram peribadi yang menyatakan akaun Facebook page telah digodam. Ekoran insiden itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menekan sebarang klik yang dikongsi daripada Facebook page tersebut.
Baca Juga:
- Aplikasi MySejahtera Dilaporkan Cuba Digodam Sebanyak Lebih Sejuta Kali
- Data Peribadi Rakyat Malaysia Didakwa Bocor, Dijual Pada Harga RM43,000
Pada ketika artikel ini ditulis, Facebook page yang mempunyai 2.6 juta pengikut ini sudah tidak boleh diakses sama sekali. Carian untuk Facebook Page Soloz juga sudah tidak dibuat pada ketika ini.
Untuk makluman, Soloz ataupun nama sebenarnya Muhammad Faris bin Zakaria merupakan pemain profesional Mobile Legends di samping memenangi sejumlah acara terkemuka yang diadakan. Soloz bakal bertanding untuk MPL MY Musim ke-11 pada hujung minggu ini.
Sehubungan itu, diharapkan pihak Facebook dapat mengembalikan semula page tersebut bersama kandungan kerana dipercayai telah dibuang oleh pengodam selepas insiden itu.