Sebelum ini, kisah Ariff Peter yang terpaksa tinggal dalam Proton Wira yang merupakan satu-satunya harta miliknya, selepas menjual semua aset perniagaan, rumah dan kereta lebih setahun lalu telah menjadi bualan ramai.

Untuk pengetahuan anda, tindakannya itu adalah demi membayar hutang lebih RM1 juta selepas dia terpedaya dengan pelaburan mata wang digital menyebabkannya menanggung hutang lebih RM1 juta, dua tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kini, hutangnya berbaki RM100,000 dan pemuda itu giat melakukan pelbagai kerja sampingan untuk lunaskan hutangnya itu.

Terbaharu, Ariff Peter dalam satu video di TikTok mendedahkan dirinya kesal ditipu oleh seorang individu yang kononnya ingin mendapatkan khidmat ditawarkan.

@ariffpeter

Travel dari KL ke Negeri Sembilan semata-mata kena scam.

♬ Mungkin Aku Tak Penting? (feat. Tish Errda) – Luqman Podolski

Menurutnya, individu terbabit menawarkan kerja ‘review’ makanan di Negeri Sembilan tetapi ia hanyalah satu penipuan. Dia juga mendedahkan tangkapan layar mesej perbualannya dengan individu terbabit yang menyatakan ‘review makanan’ itu rupanya sekadar konten.

“Abang sorry konten saja ini. Sorry abang. Abang bagi nombor akaun (bank). Saya nak bagi duit minyak balik. Sorry abang ingat abang main-main saja.” tulis individu terbabit.

Walau bagaimanapun, Ariff telah menolak pemberian itu dengan ucapan terima kasih. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati kepada individu yang tidak bertanggungjawab itu kerana menyusahkan orang yang terdesak.

Bukan itu sahaja, para netizen turut bersimpati dengan Ariff apabila ada yang mengambil kesempatan dalam kesusahan yang ditimpanya. Oleh itu, rata-rata netizen mendoakan agar dia tabah dalam menghadapi dugaan tersebut.