Aktiviti berkebun sangat membantu dalam menjaga alam sekitar daripada terus dihakis kemodenan. Bagaimanapun, apa yang menjadi masalah adalah apabila kita menganggap semua tanah lapang itu sesuai untuk berkebun.

Perkara ini yang berlaku di Alor Setar, Kedah apabila pihak berkuasa terpaksa menghancurkan sebuah kebun haram yang dibina di atas tanah tapak permainan awam.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam sebuah hantaran yang tular di media sosial, sebuah kebun haram yang mempunyai pelbagai jenis tumbuhan telah dimusnahkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar kerana dibina diatas tanah awam.

Difahamkan bahawa operasi ini berlaku di Taman Bersatu Fasa 4, Jalan Batas Paip, Kuala Kedah, Alor Setar bersama-sama dengan Unit Pembangunan Landskap, Bahagian Landskap & Rekreasi, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBAS serta turut melibatkan beberapa Jabatan dan Bahagian dalam MBAS.

“Siasatan dijalankan mendapati tapak kawasan lapang tersebut telah dicerobohi dan dijadikan tapak perkebunan oleh individu untuk kegunaan sendiri dan juga jualan hasil.

“Tapak tersebut adalah kawasan lapang yang di simpan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara untuk tujuan rekreasi. Perizaban tanah Kerajaan adalah amat penting bagi menjaga kepentingan awam dan merupakan salah satu kaedah untuk mengawal tanah Kerajaan daripada pencerobohan,” katanya.