Perjuangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di Sukan Olimpik Paris 2024 kini telah berakhir apabila tewas kepada pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun di peringkat suku akhir.
Mereka sudah mengerah segala kudrat yang ada namun masih belum cukup untuk menewaskan beregu nombor 9 dunia itu dalam pertarungan dua set, 21-19, 20-14 selama 41 minit.
Baca Juga:
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Malah pasangan negara itu sempat mempamerkan kebangkitan selepas ketinggalan 14-20 di set 1 tetapi malangnya mereka gagal menyamakan kedudukan kepada 20-20 dan terpaksa akur dengan kekalahan 19-21.
Memasuki set kedua, segalanya serba tidak menjadi dengan beberapa kesilapan mudah telah dilakukan oleh Chen Tang Jie sehingga menyebabkan mereka ketinggalan 1-10.
Selain itu, kecederaan yang dialami oleh Toh Ee Wei turut menganggu rentak permainan mereka sekaligus membuka ruang kepada serangan balas pemain lawan.
Keputusan Perlawanan #SukanOlimpik #Paris2024
Suku Akhir | Beregu CampuranPerjalanan hebat wakil #BadmintonMalaysia 🇲🇾 Chen Tang Jie/Toh Ee Wei dalam debut mereka di temasya ini berakhir di Suku Akhir selepas tunduk kepada pasangan No.8 Dunia dari 🇰🇷 Kim Won Ho/Jeong Na Eun.… pic.twitter.com/DtJVpqUWPP
— ShuttleHard (@ShuttleHard) July 31, 2024
Beregu Korea Selatan terus tampil dengan permainan agresif bagi memburu mata kemenangan dan akhirnya berjaya menamatkan aksi dengan 21-14.
Walaupun tewas namun peminat badminton tanah air tetap berbangga dengan pencapaian mereka yang mara ke peringkat suku akhir dalam penampilan pertama di Sukan Olimpik.
Harapan pingat emas negara dalam sukan badminton kini terletak pada acara perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu wanita.