Jenama ciplak kepada Supreme New York, Supreme Italia di China sudah pun dibuka sejak Mac yang lalu. Tetapi, awal bulan ini, sebuah lagi cawangan Supreme Italia telah dibuka di Shanghai, China.

Butik terbaru Supreme Italia ini merupakan butik flagship pertama Supreme Italia di China. Yang pasti setiap produk di dalam butik ini adalah tiruan dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan Supreme New York.

Rekaan ikonik Supreme seperti baju t-shirt ‘Box Logo’ dan bagasi Rimowa x Supreme dapat dilihat memenuhi butik ini. Lebih menarik, butik ini turut mempunyai tempat untuk bermain skateboard sama seperti seperti konsep butik Supreme di tahun 90an dahulu.

Fake Supreme 2

Fake Supreme 3

Fake Supreme 5

Fake Supreme 4

Fake Supreme 6

Butik tiruan Supreme ini pastinya mengelirukan pengguna di China yang mungkin tidak tahu sangat tentang jenama Supreme. Asalkan ianya Supreme mereka akan beli. Pengasas jenama Supreme, James Jebbia pasti akan pening kepala kerana Supreme Italia dikhabarkan akan membuka lagi 70 cawangan terbaru di seluruh dunia di masa akan datang.

Peguam Supreme akan bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang tempatan di China untuk menguatkuasakan hak cap dagangnya di sana tetapi kes ini pastinya akan mengambil masa yang lama.

Setakat ini, cuma Range Rover yang berjaya menang kes ciplak mereka di China. Jadi, ianya tidak mustahil untuk menang kes anda di China. Cuma ianya bukan mudah.

Sumber