Nama motosikal Yamaha RX-Z sekali lagi menjadi sebutan baru-baru ini apabila dianjurkan sebuah acara RX-Z besar-besaran yang menyaksikan peminat model ini di seluruh negara turun memeriahkan acara tersebut yang diadakan di negeri Terengganu.
Sebut mengenai model ini, Yamaha RX-Z sebelum ini digemparkan dengan penawaran harganya yang mencecah RM70,000 berikutan penggunaan barangan original sepenuhnya.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila Yamaha RX-Z berjaya terjual dengan tukaran dengan sebidang tanah lot di negeri Kelantan. Pengumuman ini dikongsikan oleh Facebook Nikmohdzulkiflee Lee menerusi Facebook Group jual beli RXZ.
Berdasarkan perkongsian difahamkan model RX-Z yang ditukarkan dengan tanah lot adalah jenis Catalyzer yang mulai diperkenalkan pada tahun 2003 sehingga tahun 2011.
Pertukaran motosikal dengan tanah lot ini nyata mengejutkan pelbagai pihak termasuk peminat Yamaha RX-Z tersendiri. Terdapat pihak yang mengucapkan tahniah kepada penjual atas penjualan yang dilakukan. Tidak kurang juga yang terkejut dengan tindakan pembeli yang sanggup menukar tanah lot demi sebuah jentera Yamaha RX-Z Catalyzer.
Sementara itu, terdapat juga netizen yang mempertikaikan penjualan tersebut serta mempersoal perkongsian yang dibuat hanyalah sekadar konten atau sebaliknya.
Walau bagaimanapun, perkongsian terbaru pengongsi ini menepis segala dakwaan yang diterima apabila mengesahkan pertukaran nama tanah lot seperti yang dijanjikan.
Berdasarkan tinjauan di komen, pihak pengongsi tidak memaklumkan nilai semasa Yamaha RX-Z Catalyzer atau tanah lot tersebut. Perkongsian yang dibuat jelas membuka mata pelbagai pihak dalam menyaksikan pertukaran sebuah motosikal yang menjadi idaman dan hobi para peminat dengan sebuah tanah lot.
Melihat kepada jumlah peminat yang ramai beserta jumlah model ini yang semakin berkurangan berikutan sudah dihentikan pengeluaran, tidak mustahil harga model RX-Z akan terus melambung sekiranya terdapat peminat yang sanggup mendapatkannya dengan harga yang tinggi.
Tular pada minggu ini apabila wanita ini mendedahkan beliau telah menjadi mangsa ‘claim’ sifu bisnes atas kejayaan yang diperoleh menerusi perniagaan yang diusahakan.
Sifu Bisnes ‘Claim’ Kejayaan Usahawan, Wanita Ini Dedahkan Pengalaman Dijemput Ke Seminar Pemasaran
‘You Berjaya Apa?’ – Sifu Pemasaran ‘Koyak’ Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu