Syada Hamzah akui dia membaca komen negatif netizen tentang mutu nyanyiannya ketika membawa lagu Kalam Eneih baru baru ini.
Di mana ada netizen menyatakan Syada memang ada bakat terpendam dan berharap dia terus pendamkan sahaja bakat itu.
Baca Juga:
- ‘Sudah Dibuang, Rasa Macam Haiwan Jalanan’ – Syada Amzah Dedah Dihalau Rumah?
- ‘Awak Juga Cuci Kaki Masuk Rumah’ – Ibu Shila Amzah ‘Perli’ Ubai?
- Influencer Shu Shukri Ditegur Kerana Persenda Hukum Agama ‘Kalau Wanita Boleh Kahwin 4’
Selain itu ada juga berkata: “Patutlah kakak dia yang selama ini sara dia.”
@malaysianupdatenews “Ni nyanyi ke syair”, cover lagu arab, Syada Amzah jadi bualan netizen malaysianupdate malaysianupdatenews syadaamzah shilaamzah ndlala fyp fypシ
Menurut Syada netizen tidak seharusnya memberikan komen dengan mencampur adukan isu peribadinya selama ini dengan nyanyiannya.
Syada terlibat dalam kontroversi perbalahan dalam keluarga mereka. Konflik melibatkan Syada, ibunya dan Shila Hamzah baru baru ini mencetuskan kontroversi.
‘Sudah Dibuang, Rasa Macam Haiwan Jalanan’ – Syada Amzah Dedah Dihalau Rumah?
Syada berkata, orang ramai telah melepaskan kemarahan mereka kepadanya berkaitan dengan isu luar pada nyanyiannya.
Dipetik dari Mstar Online, Syada berkata: “Saya rasa mungkin sebab isu lama saya. Dan mereka masih terassa hati. Jadi benda yang tiada kaitan [dengan nyanyian] pun boleh jadi isu.”
Dia menafikan dia sengaja mencari publisiti murahan dengan memuat video nyanyian tersebut. Kerana menurutnya, yang penting niat dia menerbitkan video tersebut kepada umum.
Dia hanya mahu menghiburkan orang ramai dengan suaranya.
“Kalau saya nak publisiti, saya akan cari pihak media. Saya tak rasa saya menagih perhatian, paling penting niat kita.”
Syada kemudian menyatakan dia menghormati hak masing masing untuk memberikan komen. Kerana dia tak pernah mendambakan semua orang sukakan dia.
Media sosial dianggap sebagai platform terbuka, jadi dia menerima sahaja komen itu.
Ada juga komen yang menganggap dia menyanyi lagu Arab dah bunyi lagu Tamil.
Sambil menutup kenyataannya dengan berkata: “Mungkin netizen komen nak sakitkan hati saya, tetapi bagi saya itu satu pujian.”
Dia berkata begitu kerana menurutnya lagu Arab dan lagu Tamil memang susah kalau nak nyanyi.